Parti Serpihan Tidak Luntur Semangat Umno - Ahmad Jazlan

Diterbitkan: Ahad, 7 Ogos 2016 5:10 PM

Ahmad Jazlan Yaakub

(Ubah saiz teks)

JERANTUT: Penubuhan parti baharu serpihan Umno tidak akan melunturkan semangat anggota, sebaliknya akan membantu mengukuhkan lagi perpaduan dan lebih perjuangkan parti, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Beliau berkata penubuhan parti serpihan juga bukan baharu kerana Umno telah berhadapan dengan situasi itu sebanyak empat kali sejak penubuhannya. 

Ujian pertama Umno berlaku pada 1954 dengan penubuhan Parti Negara diikuti PAS yang lahir daripada ahli agama di dalam Umno selain berdepan dengan Parti Keadilan Rakyat dan Semangat 46, yang menurut Ahmad Jazlan semuanya berlaku akibat krisis dalaman parti. 

"Jika didaftarkan (parti baharu oleh bekas pemimpin Umno nanti), maka ini adalah kewujudan parti serpihan kelima Umno.  Tetapi adakah kita tewas kepada parti-parti sebelum ini? Tidak. Umno tidak akan lemah kerana kita memperjuangkan agama, bangsa dan negara, bukan atas konsep individu," katanya. 

Ahmad Jazlan yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Jerantut di Majlis Daerah Jerantut di sini, Ahad. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Umno , parti serpihan , Ahmad Jazlan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan