Jabatan Imigresen Kaji Ciri Baharu Untuk Sistem Pasport Dalam Talian

Diterbitkan: Ahad, 7 Ogos 2016 8:04 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen akan mengkaji beberapa ciri baharu bagi pelaksanaan sistem permohonan dan pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) secara dalam talian yang dijangka beroperasi semula bulan depan.

Antara ciri yang akan dikaji adalah aspek keselamatan dan kecekapan yang dipertingkatkan bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan awam berkaitan pasport lebih selamat, mudah dan lancar.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen yang baharu dilantik, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, dua ciri baharu - keselamatan iaitu permohonan dijamin lebih selamat dan memastikan kesahihannya; dan kecekapan dari segi 'real time' bagi membolehkan permohonan lebih cepat untuk diproses.

"Sistem pasport dalam talian bukan pertama kali kita laksanakan cuma sebelum ini ditangguhkan kerana ada isu teknikal yang perlu diatasi.

"Bagaimanapun dengan sistem baharu nanti, ia bukan sahaja dapat membantu mengurangkan kesesakan di kaunter bagi permohonan pasport tetapi juga perkhidmatannya lebih selamat dan cekap," katanya kepada mStar Online.

Mohd Zulfikar Ahmad
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan mengenai masalah berkaitan permohonan pasport akan dapat diatasi tidak lama lagi dengan hasrat jabatan itu untuk melaksanakan perkhidmatan dalam talian, dijangka bermula pada bulan depan.

Mustafar berkata, perkhidmatan bagi permohonan pasport yang lebih cekap merupakan antara keutamaan jabatan itu.

"Perkara ini memang menjadi antara keutamaan dan dalam penelitian berterusan saya dan pegawai-pegawai Jabatan Imigresen agar sistem penyampaian perkhidmatan awam, khususnya mengenai pengurusan permohonan baharu dan pembaharuan Pasport Malaysia Antarabanga (PMA) sentiasa dipertingkatkan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pasport Jabatan Imigresen, Datuk Mohd Zulfikar Ahmad pula berkata, beberapa perkara semasa turut dikaji di samping meneliti kelemahan berdasarkan sistem terdahulu.

Katanya, ia termasuk mengkaji perisian (software) baharu yang dipertingkatkan bagi pelaksanaan sistem dalam talian tersebut.

"Penggunaan perisian ini, antara lain dapat mengatasi masalah teknikal berkaitan dengan gambar pemohon, selain melancarkan proses permohonan.

"Keduanya, mengenai kesahihan permohonan untuk memastikan pemohon yang sebenar semasa serahan yang akan melibatkan pendaftaran biometrik," katanya.

Tambah Mohd Zulfikar, sistem dalam talian itu nanti akan melalui 'user acceptance testing' (UAT) terlebih dahulu bagi memastikan sistem berkenaan lancar dan boleh dilaksanakan.

"Jika sistem dalam talian dah 'ready', kita akan melaksanakannya untuk 'connection' dengan ibu pejabat dahulu dan seterusnya cawangan-cawangan lain secara berperingkat," ujar Mohd Zulfikar.

Tags / Kata Kunci: Passport , Mustafar Ali , Mohd Zulfikar Ahmad

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan