Dakwaan Pemimpin Umno Lompat Parti Karut - Tajuddin

Diterbitkan: Ahad, 7 Ogos 2016 9:33 PM

Tajuddin Abdul Rahman

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Dakwaan kononnya ada pemimpin kanan Umno  dan menteri kabinet akan melompat menyertai parti baharu yang bakal ditubuhkan bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad disifatkan sebagai karut dan tidak masuk akal. 

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkatadakwaan itu hanyalah propaganda yang sengaja ditimbulkan oleh pihak terdesak untuk mengelirukan orang ramai khususnya anggota Umno. 

"Tak betullah itu...saya tak ada maklumat mengenai perkara itu dan saya juga tidak percaya mengenainya. 

"Dakwaan itu juga hanyalah perang psikologi pihak sana (pembangkang)terhadap Umno sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Puteri Umno  Permatang Pauh di sini, Ahad.

Turut hadir Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Saiddan Ketua Puteri Umno bahagian Nurshazana Mohamad Soberi.

Tajuddin turut menasihatkan anggota parti supaya tidak mempercayai berita berkenaan. 

"Sekarang ini masanya untuk kita semua bersatu dan jangan hanya mendengar khabar angin yang mahu menjatuhkan parti keramat kita," katanya. 

Sebuah portal melaporkan bekas editor kanan New Straits Times, Firdaus Abdullah meramalkan beberapa pemimpin tertinggi Umno akan beralih kepada partibaharu Dr Mahathir dan pembangkang. 

Ini berlaku ekoran tindakan undang-undang Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat untuk merampas aset yang didakwa didapatkan menerusi wang dari dana pelaburan negara 1MDB yang disalahgunakan.  

Portal itu memetik Firdaus sebagai berkata, para pemimpin Umno itu telah memulakan perbincangan dengan Dr Mahathir.  Sebelum ini, Dr Mahathir mengumumkan penubuhan parti politik baharu yang akan membawa agenda 'Selamatkan Malaysia' dan menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. -Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan