Daesh: Pakar Beri Amaran Ancaman Penyerang Solo

Diterbitkan: Ahad, 7 Ogos 2016 10:41 AM

Pasukan keselamatan anti pengganas Indonesia menyerbu kediaman suspek militan dan merampas sejumlah senjata api di Batam, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Berikutan cara terbaru yang digunakan kumpulan pengganas Daesh untuk menyebarkan propaganda mereka melalui Internet, beberapa pakar memberi amaran kepada rakyat Malaysia tentang bahaya serta ancaman penyerang solo yang menjalani radikalisasi kendiri.

Menurut mereka, rakyat Malaysia yang menganggotai kumpulan Daesh menyeru rakan senegara mereka supaya berjuang bersama kumpulan itu setelah kumpulan pengganas tersebut mengiktiraf kumpulan Abu Sayyaf yang berpangkalan di selatan Filipina sebagai sebahagian daripada anggota "khalifah" Negara Islam.

Penganalisis politik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Maszlee Malik berkata kini, Daesh menggalakkan penyokong mereka "berjihad" di negara masing-masing, tanpa perlu membentuk sebarang pertubuhan.

Beliau merujuk kepada video menggerunkan selama 21 minit yang dimuat naik di media sosial pada 23 Jun yang menyeru rakyat Malaysia supaya menyertai saudara mereka di Filipina yang diamanahkan Daesh menerajui "tentera khalifah" tersebut.

Video itu menunjukkan rakyat Malaysia, Mohd Rafi Udin, juga dikenali sebagai Abu Aun al-Malysi, menyeru mereka yang bersimpati dengan Daesh, tetapi tidak dapat ke Mindanao, supaya melancarkan "jihad" mereka secara bersendirian di bumi Malaysia dengan menggunakan apa jua cara yang mereka mampu.

Mohd Rafi berkata mereka yang melafazkan sumpah taat setia kepada gerakan "khalifah' itu, walaupun hanya di dalam hati, perlu membunuh semua pihak yang menentang mereka, tanpa mengira tempat dan dengan apa jua cara sekali pun.

Bunuhlah mereka di mana saja kalian ketemu mereka. Kalian punya kenderaan, langgarlah mereka. Kalian punya senjata atau hanya pisau kecil, tikamlah dada mereka. Jangan kalian takut, kata Mohd Rafi dalam video itu.

Menurut Maszlee, apa yang jelas daripada video itu ialah Daesh menggalakkan penggunaan kaedah baharu untuk melakukan kemusnahan - serangan secara solo.

Serangan secara solo dilakukan individu yang menjalani radikalisasi kendiri dan bersimpati dengan Daesh. Mereka sanggup melakukan serangan secara bersendirian dan menganggapnya sebagai suatu jihad.

"Inilah yang berlaku di Puchong. Seruan Rafi Udin itu jelas sekali merupakan suatu perintah daripadanya kepada penyerang solo. Ia bukan serangan yang diatur atau dirancang dengan kemas. Beberapa individu yang bersimpati dengan kumpulan itu menyahut seruan tersebut untuk melancarkan serangan secara bersendirian," katanya.

Pada 28 Jun, lapan orang cedera apabila sebutir bom tangan meletup di sebuah pusat hiburan di Puchong. Polis kemudian mengsahkan letupan itu adalah angkara dua penyokong Daesh.

Ketika menyuarakan kebimbangan serupa, pakar geostrategi Prof Dr Azmi Hassan berkata propaganda Daesh merupakan" lakonan kelas satu" yang mampu menawan simpati orang ramai terhadap kumpulan itu.

Menurut beliau, ikrar taat setia kumpulan Abu Sayyaf terhadap Daesh akan mendorong mereka yang bersimpati dengan Daesh untuk menyertai kumpulan itu.

Tanpa perlu pergi ke Syria atau Iraq, sekarang mereka boleh pergi ke selatan Filipina dan berjuang di samping Abu Sayyaf. Ini memberi tekanan secara langsung kepada negara kita kerana radikalisasi boleh berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia, katanya.

Azmi berkata penggabungan itu juga bermakna Abu Sayyaf akan mendapat bantuan dalam bentuk wang dan kepakaran daripada Daesh.

Walaupun tidak pasti sama ada Abu Sayyaf sudah menerima bantuan itu, tetapi kata beliau, hubungan tersebut adalah sesuatu yang amat berbahaya bagi Malaysia dan rantau ini.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Daesh , militan

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan