Ahmad Razif Ulangi Tiada Yang Di Luar Jangka Pada Isnin

Diterbitkan: Ahad, 7 Ogos 2016 7:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman mengulang keyakinannya bahawa tiada sesuatu yang diluar jangka akan berlaku di Terengganu pada Isnin.

Beliau menyifatkan ulasan sebuah akhbar mengenai kemelut politik di Terengganu sejak akhir-akhir ini adalah provokasi semata-mata menjelang sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Isnin.

Beliau yang dihubungi Bernama berkata, "tidak ada apa-apa" dan menyatakan agak kecewa dengan penulisan di akhbar tersebut yang terus menerus menulis perkara yang sama sedangkan beliau berkali-kali telah menjelaskan bahawa tiada pilihan raya negeri (PRN).

Kemelut politik di Terengganu menjadi tumpuan apabila bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal dan ADUN Ajil Ghazali Taib mengkritik kepimpinan Ahmad Razif.

Pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu, UMNO Terengganu membentuk kerajaannegeri dengan majoriti tipis dua kerusi.

Umno menang 17 kerusi DUN, PAS (14) danPKR (satu).

Sementara itu Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong berkata tiada apa yang perlu dibimbangkan tentang sidang DUN pada Isnin.

Katanya hanya keadaan di luar sahaja bising tetapi keadaan sebenar sebaliknya.

Beliau turut mengesahkan tiada usul undi tidak percaya telah dikemukakan terhadap Ahmad Razif.   

"Nak tubuh kerajaan dan nak bubar kerajaan tidak mudah...bukan boleh buat terus macam tu, ada peraturannya. 

"Perlu hantar 14 hari notis awal seperti ditetapkan dalam Undang-undang dan Peraturan-peraturan Tetap DUN Terengganu sebelum usul itu dimasukkan ke dalam mesyuarat, dibahas dan kemudian diundi," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Ahmad Razif Abdul Rahman

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan