Kereta Kalis Peluru Telan Kos Tinggi

Diterbitkan: Sabtu, 6 Ogos 2016 7:26 AM

Gambar fail kejadian tembakan di Danau Kota, Setapak pada 27 Julai lalu. Mangsa ditembak dari jarak dekat di sebelah kiri dan kanan keretanya oleh dua individu yang membonceng dua motosikal ketika mangsa berhenti di lampu isyarat di laluan dari arah Danau Kota menuju ke Jalan Genting Klang. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Beberapa insiden tembakan di negara ini yang kebanyakannya membawa maut dan dipercayai dilakukan oleh pembunuh upahan menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat Malaysia.

Justeru orang ramai mula mencari kaedah untuk melindungi diri mereka daripada bahaya.

Kebanyakan kes adalah melibatkan pemandu yang ditembak dari jarak dekat ketika mereka berada di dalam kenderaan.

Terdapat 12 kes tembak dilaporkan di jalan raya Malaysia sejak awal tahun ini - menyebabkan 14 kematian.

Keadaan ini menimbulkan minat orang ramai terhadap kereta kalis peluru.

Buktinya ramai yang bertanya mengenai kaedah pemasangannya namun akhirnya terpaksa melupakan hasrat berkenaan kerana ia bakal menelan kos yang tinggi.

Pengeluar kaca kalis peluru mendedahkan terdapat peningkatan sehingga sepuluh kali ganda bagi orang ramai yang bertanya untuk mengubah suai kereta mereka dengan perisai khas.

Pemilik SecuGlass Sdn Bhd, Ho Chong Choai, 49, berkata mereka menerima 10 hingga 20 panggilan sehari bertanya mengenai kereta kalis peluru berikutan kes tembakan berganda pada Julai.

"Pengubahsuaian asas yang meliputi hanya tingkap dan pintu kereta bagi sebuah kereta menelan kos sekitar RM60,000 hingga RM90,000.

"Bagaimanapun, bakal pelanggan kebanyakannya melupakan hasrat mereka setelah mengetahui kos yang tinggi," katanya kepada The Star.

Beliau berkata kebanyakan perniagaannya memberi tumpuan kepada mengukuhkan tingkap di bank-bank, kedutaan, penjara dan kereta perisai.

Pengarah STEC Laminates, James Thomas berkata syarikatnya yang menggunakan bahan yang lebih ringan menerima peningkatan dalam permintaan bagi menyediakan kereta kalis peluru dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

"Tetapi ia bukan untuk semua orang kerana kosnya boleh mencecah sehingga RM120,000 bergantung kepada model kereta.

"Saya mendapat banyak panggilan daripada orang pada masa kini. Pelanggan saya kebanyakkan adalah ahli perniagaan yang kaya dan orang kenamaan," katanya.

Pengubahsuaian bagi kereta tertentu - termasuk memasukkan panel perisai di dalam bingkai dan pintu mengambil masa sehingga enam hingga lapan minggu untuk disiapkan.

Thomas berkata bahan padat digunakan untuk melindungi kenderaan daripada peluru.

"Perisai itu juga mengurangkan halaju peluru dan ia tidak akan menembusi perisai.

"Bahan yang dibangunkan khas itu boleh menahan sehingga tiga hingga lima tembakan pada satu-satu masa," kata Thomas.

Kaca peluru yang juga dikenali sebagai kaca balistik adalah sejenis bahan yang kuat tetapi optik telus yang tahan apabila dihentak oleh peluru.

Kaca tahan peluru yang boleh menahan tiga tembakan dari pistol separuh automatik 9mm dari jarak tiga meter berharga RM2,700 meter persegi.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan