Dr Mahathir Taksub Kepada Kuasa - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 6 Ogos 2016 7:46 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan salah seorang pengkritik beliau sangat "taksub mengenai kawalan".

Sambil mengakui bahawa pemimpin terdahulu itu adalah mentornya dan sangat menyokong beliau sebelum ini, Najib berkata Dr Mahathir bagaimanapun mempunyai kecenderungan mengawal.

"Beliau mahu memainkan peranan dalam membuat keputusan kerajaan walaupun beliau tidak lagi menjadi perdana menteri," kata Najib ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Dr Mahathir dalam temu bual dengan MetroTV Indonesia.

Temubual yang direkodkan semasa lawatan Perdana Menteri ke Jakarta baru-baru ini telah disiarkan di TV1 pada Jumaat malam.

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , Dr Mahathir Mohamad

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan