"Saya Masih Ahli Umno, Tiada Hasrat Gabung Dengan PAS" - Ahmad Said

Diterbitkan: Jumaat, 5 Ogos 2016 5:52 PM

Ahmad Said

Ahmad Said.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said menafikan beliau akan bekerjasama dengan PAS sekiranya Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman tidak berundur dan gagal menyelesaikan kemelut politik yang melanda negeri ini.

Ahmad Said berkata beliau masih anggota Umno dan tidak pernah membuat kenyataan seperti yang dilaporkan akhbar pada Jumaat.

"Tidak...saya tidak pernah membuat kenyataan tersebut. Siapa yang kata saya akan bergabung dengan PAS? Saya masih anggota Umno hingga hari ini," katanya.

Ahmad Said dalam laporan itu dipetik sebagai memberi kata dua kepada Ahmad Razif agar berundur, sebelum beliau mengambil langkah susulan, yang akan merubah keadaan politik di Terengganu.

Bekas menteri besar itu juga dilaporkan sebagai berkata jika apa yang dihasratkan tidak berlaku, beliau tidak menolak kemungkinan meninggalkan Umno, dan bekerjasama dengan PAS untuk membentuk kerajaan baharu.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Saiful Bahri Mamat juga menafikan PAS ada menawarkan jalinan kerjasama dengan Ahmad Said bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri ini.

"Kami tidak pernah menawarkan sebarang kerjasama dengan Adun Kijal.

"Cuma apa yang kita mahu masalah politik ini harus diselesaikan segera. Jika dua pihak saling berbalas kenyataan media, mu kata aku, aku kata mu, ia tidak menyelesaikan masalah," katanya ketika dihubungi.

Katanya PAS Terengganu tidak berhasrat mahu 'campur tangan' dengan masalah dalaman Umno.

Namun, katanya, jika kemelut itu masih gagal diselesaikan, adalah lebih baik sekiranya kuasa diserahkan semula kepada rakyat melalui pilihan raya negeri.

"Jika ada dua Adun daripada Umno yang lompat parti, barulah boleh diadakan pilihan raya negeri.

"Sekiranya tiada, dan hanya asyik berbalas kenyataan di media, isu ini tidak akan selesai dan terus berpanjangan," kata Saiful Bahri.

Pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu, Umno Terengganu membentuk kerajaan dengan majoriti tipis dua kerusi.

Umno menang 17 kerusi DUN, PAS (14) dan PKR (satu). - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: Umno Terengganu , Adun Kijal , Ahmad Said

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan