Lebih 200 Kucing Terbiar Bebas Di Penjara

Diterbitkan: Jumaat, 5 Ogos 2016 10:12 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Penjara Ayer Molek berusia 133 tahun yang pernah menempatkan penjenayah terkenal kini menjadi rumah kepada kucing terbiar.

Kucing-kucing berkenaan berkeliaran di kawasan penjara yang terletak di atas sebidang tanah seluas 1.8 hektar selepas penjara itu ditutup pada tahun 2005.

Terletak di pusat bandar, ia dijadualkan untuk dibangunkan semula.

Blok penjara itu menjadi tempat perlindungan haiwan berkenaan.

Mereka diberi makan oleh kakitangan penjara yang berada di sebuah pusat tahanan bersebelahan.

Berita mengenai kucing itu timbul selepas seseorang yang mendakwa menjadi pekerja penjara memuatnaik posting di Facebook merayu orang ramai untuk mengambil lebih 200 kucing tersebut kerana kakitangan sudah berpindah dan mereka kekurangan makanan.

Pemeriksaan mendapati terdapat beberapa paket makanan kucing dan makanan dalam tin ditinggalkan di pos keselamatan di pintu masuk penjara.

Seorang pegawai penjara yang enggan dikenali berkata, kakitangan di situ telah menjaga kebajikan haiwan berkenaan sejak penjara ditutup 11 tahun yang lalu.

"Sekarang hanya tinggal segelintir kakitangan kerana pusat reman itu dipindahkan pada akhir bulan lalu," katanya.

Tambahnya, kucing-kucing berkenaan telah dijaga dengan baik kerana mereka diberi makan tiga kali sehari.

Pegawai itu berkata kakitangan juga menerima sumbangan dalam bentuk makanan kucing daripada orang ramai, sambil menambah bahawa orang ramai telah dilarang daripada memasuki kawasan penjara untuk memberi makan kepada kucing atas sebab-sebab keselamatan.

"Kami tidak ada rancangan untuk membolehkan orang ramai mengambil kucing-kucing ini. Kami akan terus memberi mereka makan. Mereka yang berminat untuk menderma boleh meninggalkan makanan di pos pengawal," katanya.

Beliau berkata sebarang keputusan mengenai sama ada untuk membenarkan orang ramai atau NGO untuk mengambil kucing-kucing di sini akan ditunda sehingga kompleks penjara itu telah diserahkan secara rasmi kepada kerajaan negeri.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan