MAS Dialu-alukan Beroperasi Dari KLIA2

Diterbitkan: Jumaat, 5 Ogos 2016 4:19 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Berhad (MAS) boleh menikmati cukai lebih rendah dan menggunakan terminal tambang rendah klia2 sekiranya ia beroperasi sebagai syarikat penerbangan tambang rendah, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata adalah menjadi dasar kerajaan mengenakan cukai lebih rendah terhadap syarikat penerbangan tambang rendah untuk menyokong sektor itu.

"Oleh itu, saya tidak nampak sebab kenapa MAS hendak mempersoalkan perkara itu ketika ini. Lainlah kalau MAS ingin mengendalikan penerbangan tambang rendah, maka bolehlah mereka menikmati cukai lapangan terbang yang rendah.

"Suatu masa dulu, MAS juga mengadakan penerbangan tambang rendah, jadi kami mengalu-alukan MAS mengendalikan syarikat penerbangan tambang rendah," katanya kepada pemberita selepas upacara pelancaran Perlindungan  and  Indemniti Malaysia Sdn Bhd (P and I Malaysia), insurans maritim yang diwujudkan atas inisiatif kerjaan bagi vesel kecil di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap gesaan berulang kali ketua pegawai eksekutif MAS Peter Bellew agar kerajaan menyeragamkan caj perkhidmatan penumpang di KLIA dan klia2.

Bellew dilaporkan berkata MAS sedang menimbang untuk memindahkan sebahagian penerbangannya dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) ke klia2 berikutan cukai lebih tinggi yang dikenakan di KLIA dan sekali gus menjejaskan keuntungan syarikat penerbangan itu.

Mengenai insurans maritim yang dilancarkan itu, Liow berkata skim itu, yang akan diwajibkan, bukan sahaja memberi perlindungan yang diperlukan oleh vesel kecil dengan berat kurang daripada 300 tan berdaftar kasar pada kadar premium berpatutan, tetapi juga akan menempatkan semula dan mengukuhkan lagi industri maritim tempatan agar menjadi lebih berdaya saing di peringkat global.

Liow menganggarkan ketika ini terdapat kira-kira 10,000 vesel kecil yang tidak mempunyai liputan insurans.

P and I Malaysia, yang diperbadankan pada Ogos 2015, menyediakan liabiliti marin bagi kapal kecil untuk liputan hingga had tunggal tergabung RM1.4 juta.

Skim ini meliputi liabiliti bagi kecederaan diri atau kehilangan nyawa untuk penumpang dan anak kapal, liabiliti anak kapal, kerosakan harta, pencemaran alam sekitar dan pengalihan bangkai vesel.

Tags / Kata Kunci: MAS

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan