Kahwin Awal Elak Kanser Payudara - Pakar

Diterbitkan: Jumaat, 5 Ogos 2016 7:07 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Berkahwin awal dan melahirkan cahaya mata pada usia muda dapat mengurangkan risiko kanser payudara yang menjadi antara penyebab utama kematian dalam kalangan wanita Malaysia.

Pengerusi Yayasan Pink Ribbon Wellness (L), Datuk Dr M Devanand berkata wanita yang mendapat zuriat pada usia muda lebih rendah risiko mendapat kanser payudara atau mencegah kebarangkalian berlaku kanser.

"Bila wanita melahirkan anak dan melakukan penyusuan badan, secara tidak langsung kandungan sel dalaman pada payudara mereka akan menjadi matang dan kurang terdedah kepada kanser.

"Wanita yang melahirkan anak pada usia muda, umpamanya dalam lingkungan 20-an mempunyai risiko rendah untuk mendapat kanser payudara berbanding wanita yang mendapat zuriat pertama pada umur yang lanjut, contohnya lepas 30-an," katanya.

Beliau berkata demikian ketika Kempen Kesihatan Payudara dan Kesejahteraan Komuniti anjuran bersama Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Perlis dan Persatuan Kumpulan Sokongan Kanser Negeri Perlis (Perken) di Dewan Warisan di sini.

Turut berkenan berangkat ke majlis itu, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama, isteri Menteri Besar, Datin Seri Nor Aswana Omar.

Pada masa sama, Dr Devanand berkata wanita obesiti mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghidap kanser, namun wanita bukan obesiti juga boleh terdedah kepada kanser sekiranya sistem imunisasi badan lemah.

Pemakanan juga memainkan peranan penting kerana makanan yang tinggi lemak boleh mengaktifkan sel untuk menjadi kanser, katanya.

Beliau yang juga pakar sakit puan berkata kebanyakan kes yang dikesan membabitkan pesakit datang lambat untuk mendapatkan rawatan disebabkan pelbagai faktor termasuk malu dan juga kurang kesedaran melakukan pemeriksaan awal secara berkala.

Dr Devanand mengesyorkan golongan wanita khasnya yang belum berkahwin pada usia muda dan juga yang datang haid pada usia yang awal agar melakukan pemeriksaan peribadi payudara secara berkala bagi langkah pengesanan awal.

"Sekiranya mendapati sebarang kelainan pada bentuk atau terasa ketulan pada payudara, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut dan ketepikan perasaan malu kerana diagnosis awal boleh mengurangkan risiko kematian."

Dalam perkembangan lain, Dr Devanand berkata 31 peratus kes melibatkan kanser di negara ini adalah kanser payudara.

Mengulas lanjut, Dr Devanand berkata setiap tahun kira-kira 55 lelaki juga direkodkan mengalami kanser payudara.

Selain itu, 50 peratus wanita pesakit kanser merupakan mereka di bawah umur 49 tahun di mana usia antara 15 dan 40 tahun sering direkodkan maut akibat kanser tersebut.

"Jika ada sejarah keluarga mengalami kanser payudara, mereka harus menjalani pemeriksaan genetik untuk mengetahui perubahan pada gen-gen tertentu, katanya.

Tags / Kata Kunci: Kanser Payudara

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan