Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011 Dikaji Semula

Diterbitkan: Jumaat, 5 Ogos 2016 10:42 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam proses mengkaji semula Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 selepas terdapat persatuan peniaga mendakwa akta berkenaan menyekat kebebasan mereka berniaga dan ia tidak merangsang pelaburan.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata pihaknya berharap satu mekanisme baharu dapat diadakan sebagai jalan penyelesaian supaya semua pihak iaitu peniaga dan pengguna berasa selesa.

"Jika bercakap soal kepenggunaan sudah tentu ada peniaga dan pembeli. Jika peniaga berhemah, sudah tentu pengguna akan membeli barangan secara selesa tanpa ada rasa syak wasangka.

"Hari ini apa yang membuatkan kita selesa adalah akta itu sendiri di mana ianya dapat membuktikan banyak barangan dijual dengan harga yang berpatutan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pengkalan Chepa di sini pada Khamis malam.

Beliau berkata kajian berkenaan dilakukan agar peniaga dapat merasakan terdapat keuntungan dan pengguna pula merasa harga berpatutan.

"Dalam isu ini, kita kena ada perjumpaan dengan semua pihak iaitu peniaga dan orang ramai supaya dapat mencari mekanisme baharu serta seterusnya memberikan keselesaan kepada semua pihak," kata Hamzah.

Beliau berkata apa yang dilakukan oleh kerajaan bukannya untuk memberi ketidakselesaan kepada peniaga dan tidak timbul soal untuk menyekat peniaga daripada mencari keuntungan.

"Kita akan mencari mekanisme baharu bagi mengatasi apa sahaja masalah yang timbul termasuklah membawanya ke jemaah menteri," katanya.

Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan dikuatkuasakan pada 1 April 2011 merupakan akta amat penting bagi pengguna kerana ia dapat melindungi pengguna daripada peniaga yang menjual barang dengan harga yang tinggi dan tidak munasabah, dengan tujuan untuk mengaut keuntungan yang berlebihan.

Turut hadir Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Datuk Zaluzi Sulaiman, Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Zarina Md Eusope, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Haris Husin dan Ketua Puteri Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Rohana Mohamed.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan