Pegawai Matrade Ditemui Selamat Selepas Lima Hari Dilapor Hilang

Diterbitkan: Khamis, 4 Ogos 2016 9:16 PM

Ahmad Shazali Zakaria

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas lima hari dilaporkan hilang, akhirnya seorang pegawai Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Ahmad Shazali Zakaria, ditemui selamat di perkarangan letak kereta sebuah universiti swasta di Subang Jaya, petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy mengesahkan Ahmad Shazali, 29, ditemui anggota keluarganya ketika beliau berada di dalam kereta kira-kira pukul 3.30 petang di kawasan terbabit.

"Dia ditemui selamat petang tadi dan sekarang telah pulang ke rumahnya di  Subang Jaya. Esok kita (polis) akan ambil keterangan mengenai kehilangannya itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Khamis.

Sementara itu, Datuk Zakaria Kamaruddin, bapa kepada Ahmad Shazali, mengucapkan terima kasih kepada orang ramai dan pihak media yang menghebahkan tentang kehilangan anaknya itu sejak Sabtu lalu sehingga ditemui petang tadi.

"Alhamdulillah. Shazali ditemui dalam keadaan tidak terurus setelah empat malam tidur dalam kereta di perkarangan tempat letak kereta berhampiran kafe di universiti dia belajar dahulu," katanya kepada Bernama.

Ahmad Shazali kali terakhir dilihat meninggalkan perkarangan Matrade pada petang Sabtu selepas habis bekerja, di sini pada 30 Julai lepas.

Berikutan itu, bapanya membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Sentul berhubung kehilangan anaknya itu.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan