Malaysia Minta Kerjasama Buru Penjenayah Tempatan Berlindung Di Thailand

Diterbitkan: Khamis, 4 Ogos 2016 9:09 PM

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Negara akan meminta kerjasama Thailand memberkas penjenayah-penjenayah tempatan yang menggunakan negara jiran itu sebagai tempat untuk berlindung daripada penguatkuasaan beberapa undang-undang jenayah di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya tahu penjenayah tempatan melarikan diri ke Thailand untuk mengelak Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasaan) 2013 (POCA) dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA).

"Kita akan buru habis-habisan penjenayah ini terutamanya mereka yang terlibat dengan jenayah terancang yang datang ke Thailand untuk mengelak daripada POCA dan POTA yang mengikut pengalaman kita datang ke negara ini untuk berlindung.

"Kita akan bincang dengan Thailand tentang kaedah untuk banteras jenayah rentas sempadan ini dan memberkas mereka," katanya kepada pemberita sejurus ketibaanya di sini untuk lawatan kerja dua hari ke Thailand.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, isu penjenayah Malaysia berlindung di Thailand merupakan satu daripada lima isu yang menjadi tumpuan dalam lawatan kerja dua harinya ke negara ini bermula Khamis.

Isu kedua yang menjadi tumpuan beliau, kata Ahmad Zahid, adalah berhubung  usaha-usaha membanteras keganasan terutamanya melibatkan anggota militan Daesh yang menjadikan Thailand sebagai "tapak" untuk memasuki Malaysia.

"Ada juga (anggota Daesh) daripada Malaysia yang menjadikan Thailand sebagai tapak untuk ke negara ketiga," katanya dan menambah, terdapat usaha-usaha kerjasama dua hala yang perlu dipertingkatkan.

Usaha-usaha dua hala ini, katanya, melibatkan pertukaran maklumat perisikan dan operasional antara pihak keselamatan kedua-dua negara.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau juga akan memaklumkan kepada pihak Thailand mengenai penubuhan Agensi Keselamatan Sempadan (AKSEM) bagi menggantikan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) bagi mengawal sempadan.

Beliau mahukan usaha mengawal keselamatan sempadan diperkasakan antara kedua-dua negara.

Isu mengenai pemerdagangan manusia (TIP) akan turut dibincangkan dalam pertemuannya dengan pemimpin-pemimpin Thailand esok, kata Ahmad Zahid.

Ini kerana Thailand, katanya, dijadikan negara penampan bagi sindiket-sindiket pemerdagangan manusia ini sebelum ia diseludup masuk ke Malaysia.

"Malaysia bukanlah negara sumber bagi permasalahan ini (pemerdagangan manusia) tetapi negara-negara lain dan mungkin Thailand boleh membantunya," katanya.

Isu-isu "pembolosan" sempadan perlu diberikan perhatian dan memastikan peristiwa penemuan kubur-kubur di Wang Kelian tidak lagi berlaku.

Ahmad Zahid berkata isu terakhir yang akan dibincangkan beliau adalah berhubung penglibatan rakyat Thailand dalam sindiket dadah di Malaysia sehingga menyebabkan 107 daripada mereka meringkuk dalam penjara negara ini.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan