Tiada Bukti MH370 Sengaja Terhempas, Kata Tiong Lai

Diterbitkan: Khamis, 4 Ogos 2016 12:48 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Laluan penerbangan yang dipetakan Kapten Zaharie Ahmad Shah ke Lautan Hindi hanya merupakan salah satu daripada "ribuan" laluan simulator penerbangan di rumahnya, kata Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Menteri Pengangkutan berkata, simulator itu bagaimanapun tidak mengesahkan bahawa juruterbang pesawat Malaysia Airlines MH370 dengan sengaja menyebabkan ia terhempas ke laut.

"Sehingga kini, teori ini masih dalam siasatan. Masih tiada bukti yang mengesahkan Kapten Zaharie dengan sengaja menerbangkan pesawat ke Lautan Hindi.

"Ya, beliau mempunyai simulator bagi laluan penerbangan itu, tetapi ia merupakan salah satu daripada ribuan simulasi ke banyak tempat di dunia.

"Dengan hanya berdasarkan perkara itu, kita tidak boleh mengesahkan beliau yang melakukannya," kata Tiong Lai pada sidang media di sini, Khamis.

Tiong Lai meminta semua pihak untuk tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

"Tidak wajar membuat spekulasi atau teori-teori tidak berasas yang tidak membantu siasatan.

"Jika anda ada bukti, mohon serahkannya kepada pasukan penyiasat," katanya.

Baru-baru ini, laporan media asing menunjukkan Kapten Zaharie telah merancang Boeing 777 pada saat akhir, bercanggah dengan pendirian rasmi bahawa pesawat itu tidak dikawal semasa terhempas.

Tags / Kata Kunci: MH370 , Liow Tiong Lai

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan