Kementerian Tunggu Laporan Cubaan Guru Bunuh Diri

Diterbitkan: Khamis, 4 Ogos 2016 9:21 PM

Datuk P. Kamalanathan

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kementerian Pendidikan sedang menunggu laporan akhir mengenai seorang guru sekolah Tamil di Klang yang dikatakan cuba membunuh diri dengan meminum racun setelah menerima kritikan tentang prestasi kerjanya.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan berkata tindakan yang akan diambil hanya boleh diputuskan setelah laporan mengenainya diterima daripada Jabatan Pendidikan Selangor.

"Sekarang terlalu awal bagi saya untuk berkata apa-apa tentang perkara ini sehinggalah saya mendapat laporan mengenainya," kata beliau kepada media selepas merasmikan penutupan mesyuarat agung tahunan Majlis Pengetua Sekolah Malaysia  Cawangan Selangor ke-54 di Universiti Pengurusan dan Sains (MSU) di sini Khamis.

Menurut laporan, guru berusia 37 tahun itu dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh suaminya di rumah mereka pada kira-kira 6.30 petang Jumaat lepas.

Ibu kepada dua anak itu, yang mengajar Matematik dan Bahasa Inggeris, dihantar ke Hospital Klang dan diberi rawatan kecemasan.

Laporan polis yang dibuat suaminya mengandungi rakaman suara guru itu bersungut tentang surat tunjuk sebab yang diterimanya kerana prestasi kerja yang lemah.

Staf sekolah itu dan ibu bapa yang melawat guru berkenaan di hospital tersebut juga membuat laporan polis bagi menuntut siasatan dijalankan tentang kejadian itu.

Diminta mengulas tentang kata guru berkenaan bahawa dia meminum racun kerana menerima tekanan daripada guru besar, Kamalanathan berkata pengetua sekolah itu ditukar sementara ke Jabatan Pendidikan Selangor sementara menunggu perkara itu diselesaikan.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan