Bekas Setiausaha Akhbar TPM Meninggal Dunia

Diterbitkan: Khamis, 4 Ogos 2016 8:15 PM

Halim Majid

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha akhbar kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Abd Halim Ab Majid meninggal dunia Khamis akibat pendarahan dalam kepala di Hospital Kajang, kira-kira 7.05 malam ini.

Abd Halim, 61, adalah setiausaha akhbar kepada Ahmad Zahid ketika Timbalan Perdana Menteri itu masih menyandang jawatan Menteri Pertahanan.

Anak sulung Allahyarham, Muhammad Ikram, 32, berkata bapanya dimasukkan ke Hospital Kajang, dekat sini dan berada dalam keadaan koma sejak Selasa lalu.

"Sebelum ini, bapa sering menjalani rawatan dialisis berkaitan buah pinggang di hospital sebelum dimasukkan ke hospital itu Selasa lepas," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, malam Khamis.

Muhammad Ikram berkata jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kediamannya di Taman Pelangi Semenyih 2, malam ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di taman tersebut esok sebelum solat Jumaat.

Abd Halim meninggalkan seorang isteri Normah Ab Talib, 60, dan tiga anak iaitu Muhammad Ikram; Norhaizum, 30, dan Muhammad Asyran, 28.

Allahyarham juga merupakan bekas penerbit di Jabatan Berita dan Ehwal Semasa TV3 serta bekas penerbit Program Rancangan Sekapur Sirih TV3 dan pernah bertugas sebagai wartawan di Berita Harian pada 1970-an.

Ahmad Zahid telah meluangkan masa untuk menziarahi Halim pada malam Rabu.


iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan