Bersih 5 Dibenarkan Jika Patuh Akta Perhimpunan Aman - KPN

Diterbitkan: Rabu, 3 Ogos 2016 3:00 PM

Tan Sri Khalid Abu Bakar

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 akan diberi lampu hijau untuk menganjurkan perhimpunan kelima mereka, asalkan kumpulan yang menuntut reformasi pilihan raya itu mematuhi ketetapan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis tidak mempunyai masalah untuk membantu kumpulan itu dalam hal-hal keselamatan.

"Apa yang mereka perlu lakukan adalah mematuhi peraturan Akta Perhimpunan Aman dan kami akan menyokong mereka dengan senang hati," katanya pada majlis rumah terbuka Hari Raya Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Rabu.

Pada 25 Julai, dilaporkan bahawa kumpulan itu tidak dibenarkan mengadakan perhimpunan jika ia bertujuan menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.

Khalid dipetik: "Terdapat peruntukan-peruntukan tertentu untuk meminta perdana menteri meletak jawatan. Ikut prosedur."

Rancangan mengadakan perhimpunan Bersih 5 muncul selepas  Jabatan Kehakiman AS menuntut untuk merampas aset bernilai AS$1 bilion (RM4.06 bilion) yang didakwa ada kaitan dengan 1MDB.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan