Cubaan Guan Eng Salahkan PKR Makan Diri Sendiri - Pengerusi BN P.Pinang

Diterbitkan: Rabu, 3 Ogos 2016 8:57 AM

Teng Chang Yeow

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Cubaan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meletakkan kesalahan terhadap PKR berikutan keputusan untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri (PRN) mengejut telah memakan dirinya sendiri, kata Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang Teng Chang Yeow.

Beliau berkata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah bercakap mengenainya dan menyatakan dengan jelas bahawa pembahagian kerusi bukanlah isu bagi PKR menentang pilihan raya mengejut itu.

"Hanya seorang sahaja yang telah bercakap bohong dalam Pakatan Harapan berhubung pilihan raya mengejut itu. Jawapannya jelas dan kami percaya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bercakap benar.

"Oleh itu, adakah Lim Guan Eng berbohong? Bolehkah beliau dan percakapannya dipercayai," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Pada Isnin, Dr Wan Azizah melahirkan rasa terkejut berhubung dakwaan DAP mengenai isu pembahagian kerusi dan beliau berkata isu itu telah diselesaikan hasil perbincangan antara kedua-dua sekutu itu.

Ahad lepas, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP, mengumumkan DAP tidak meneruskan hasrat mengadakan PRN lebih awal berikutan kegagalan untuk mendapatkan kata sepakat dan persetujuan daripada sekutunya.

Rakan DAP dalam pakatan itu, Parti Amanah Negara menyokong cadangan pilihan raya mengejut itu.

Teng yang juga Pengerusi Gerakan Pulau Pinang berkata Lim akan menyalahkan yang lain terutama Barisan Nasional setiap kali beliau mempunyai peluang, untuk menonjolkan dirinya.

Beliau juga membidas kenyataan Lim bahawa Umno dan Gerakan Pulau Pinang tidak dapat mencapai kata sepakat mengenai isu-isu tertentu termasuk cadangan supaya persidangan khas Dewan Undangan Negeri diadakan untuk meluluskan undi tidak percaya terhadap ketua menteri.

"Gerakan Pulau Pinang tidak terikat kepada Umno Pulau Pinang, tidak seperti DAP. Episod pilihan raya mengejut ini membuktikan DAP tunduk kepada PKR walaupun memiliki jumlah kerusi terbanyak di negeri ini," katanya.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Betong Muhamad Farid Saad berkata wakil BN akan berbincang secara mendalam mengenai usul undi tidak percaya itu.

Beliau berkata Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid akan membuat kenyataan mengenai perkara itu selepas pulang dari luar negara.
Tags / Kata Kunci: Lim Guan Eng , Teng Chang Yeow , PRN Mengejut

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan