Penumpang Diarah Keluar Pesawat Selepas Terima Ancaman Bom

Diterbitkan: Rabu, 3 Ogos 2016 1:55 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ancaman bom di dalam sebuah pesawat AirAsia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di sini, memaksa semua penumpangnya dikeluarkan dari pesawat.

AirAsia dalam kenyataan pada Rabu mengesahkan pesawat Penerbangan AK423 yang dijadualkan dari Kuala Lumpur ke Banda Acheh, Indonesia pagi ini, ditangguhkan penerbangannya untuk pemeriksaan keselamatan berikutan ancaman bom yang ditimbulkan oleh penumpang pesawat itu.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, carian bom itu dijalankan pihak berkuasa dan situasi berjalan lancar mengikut prosedur operasi standard apabila berdepan dengan keadaan seperti itu," menurut kenyataan tersebut.

AirAsia berkata pesawat itu diisytiharkan selamat oleh pihak berkuasa.

"Semua penumpang yang menaiki pesawat itu, dikeluarkan dengan selamat," kata  syarikat penerbangan itu dan menambah penumpang yang menimbulkan gangguan itu ditahan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

AirAsia berkata mereka akan membantu penumpang yang terjejas dengan sewajarnya.

Pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam kenyataan berkata mereka dimaklumkan oleh syarikat penerbangan itu mengenai ancaman bom di dalam pesawat di klia2.

MAHB berkata mereka kini bekerjasama rapat dengan syarikat penerbangan itu dan semua pihak berkuasa yang berkaitan.

Ia berkata keadaan itu dikendalikan mengikut prosedur operasi standard ketika berdepan dengan situasi berkenaan.

"Setakat ini ia tidak menjejaskan operasi penerbangan bagi pesawat lain," kata MAHB.

Tags / Kata Kunci: KLIA2 , ancaman bom , AirAsia

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan