Rebat Jika Elektrik Terputus Empat Kali Setahun

Diterbitkan: Selasa, 2 Ogos 2016 3:26 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tenaga (ST) menjelaskan bahawa pengguna domestik hanya layak mendapat rebat jika mereka mengalami gangguan elektrik selama empat atau lima kali setahun, dan bukannya empat atau lima kali sebulan seperti yang dilaporkan Bernama sebelum ini.

Menurut ST dalam kenyataan pada Selasa, pengguna domestik di Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mengalami gangguan elektrik selama empat jam dan lebih empat kali setahun, boleh mendapat rebat sebanyak satu peratus daripada bil purata bulanan bagi tempoh 12 bulan atau RM10, yang mana satu lebih tinggi.

Bagi pengguna di negeri-negeri lain, mereka boleh mendapat rebat serupa sekiranya berlaku gangguan lebih lima kali setahun, di mana setiap satunya terputus bekalan lebih daripada empat jam.

ST merujuk laporan berita dikeluarkan Bernama pada Jumaat lepas, yang memetik suruhanjaya bahawa para pengguna layak menerima sejumlah rebat sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik untuk tempoh tertentu, namun tidak ramai yang tahu mengenainya.

Tags / Kata Kunci: Rebat Elektrik

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan