Namewee Kini Berada Di Luar Negara - Polis

Diterbitkan: Selasa, 2 Ogos 2016 3:42 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis telah mengenal pasti tiga lagi lelaki yang turut terlibat dalam video klip lagu 'Oh My God' oleh Namewee yang didakwa menghina agama Islam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata polis kini sedang mengesan ketiga-tiga lelaki yang dikenal pasti sebagai warga asing itu.

Beliau berkata Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 33, kini berada di luar negara.

"Polis telah pergi ke dua alamat Namewee iaitu di Kuala lumpur dan Selangor tetapi dia tiada...kami tunggu dia balik untuk rekod keterangan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang, di sini Selasa.

Supt Maidu Abdu Bakar yang sebelum ini bertugas sebagai Ketua JSJN Melaka menerima tugas sebagai Ketua JSJN PUlau Pinang daripada Timbalan Ketua JSJN Pulau Pinang DSP Ng Ah Thian yang memangku jawatan itu.

Abdul Ghafar berkata polis juga telah mengenal pasti beberapa lagi individu yang merupakan pengarah, penerbit dan pemuzik yang terlibat dalam pembikinan video klip itu.

Beliau berkata setakat ini polis telah merekod keterangan empat individu  terdiri daripada jawatankuasa masjid, tokong dan gereja yang digunakan Namewee  dalam klip video itu.

Klip video berdurasi 4.05 minit memaparkan empat lelaki menyanyi dalam bahasa Mandarin yang didakwa menghina agama Islam itu menjadi viral dan sehingga semalam, sebanyak lima laporan polis dibuat oleh pelbagai pihak.

Dalam perkembangan lain, Abdul Ghafar berkata polis akan memperketat kawalan keselamatan di Stadium Bandaraya, di sini pada perlawanan Liga Super antara Pulau Pinang dan Johor Darul Takzim (JDT), esok.

Lebih 200 pegawai dan anggota termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) akan bertugas sepanjang perlawanan itu dan penyokong bola sepak diberi amaran agar menjaga tingkah laku serta tidak membuat provokasi semasa perlawanan, katanya.

Tags / Kata Kunci: Namewee

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan