Himpunan 'Tangkap Malaysian Official1' Bukan Haram Jika Aman, Kata Peguam

Diterbitkan: Selasa, 2 Ogos 2016 6:57 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perhimpunan #TangkapMalaysianOfficial1 tidak boleh diisytiharkan sebagai haram sekiranya ia dilakukan secara aman, kata peguam, Syahredzan Johan. 

"Di bawah Akta Perhimpunan Aman, kerajaan tidak boleh mengharamkan mana-mana perhimpunan aman. Yang hanya boleh menghentikan perhimpunan sekiranya ia dilakukan di kawasan larangan atau lingkungan 50 meter di kawasan larangan, atau peserta himpunan melakukan kesalahan di bawah undang-undang," kata Syahredzan.  

"Bagaimanapun, terdapat kemungkinan bahawa kerajaan mungkin memutuskan untuk menggunakan Akta Majlis Keselamatan Negara bagi mengisytiharkan kawasan keselamatan dalam tempat perhimpunan yang dimaksudkan.

"Jika sebuah kawasan keselamatan diisytiharkan, maka Angkatan Tentera boleh digerakkan untuk mengadakan sekatan terhadap orang ramai daripada memasuki kawasan itu. Ia adalah sangat tidak mungkin, tetapi ia adalah kemungkinan yang jelas terutama bila 'keselamatan negara' tidak ditakrif dalam Akta," katanya di sini, Selasa.

Dilaporkan bahawa satu kumpulan sedang mendapatkan permit daripada polis bagi mengadakan perhimpunan yang dianjurkan oleh satu gabungan kumpulan pelajar. 

Mereka menyasarkan perhimpunan itu bakal dihadiri oleh 10,000 orang di mana ia dibuat bertujuan memberi tekanan kepada pihak berkuasa menangkap dan mendakwa 'MalaysianOfficial1' yang telah dinamakan dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat baru-baru ini yang dikatakan mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB ).

Jurucakap kumpulan itu, Anis Syafiqah Md Yusof pada sidang akhbar berkata, perhimpunan itu terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang atau ideologi politik.

"Isu 1MDB tidak lagi menjadi isu dalam negara ini, tetapi telah menjadi berita besar di seluruh dunia. Anak muda tidak lagi boleh menerima apabila negara menjadi bahan ketawa masyarakat antarabangsa," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan