Guru British Puji Program BI1M

Diterbitkan: Selasa, 2 Ogos 2016 10:05 AM

Gupta (tiga dari kanan) berbincang dengan rakan tenaga pengajar Anna Jadwiga Matelska (dua dari kanan) sambil diperhatikan pelajar Kalai Selvan (satu dari kiri), Qistina Balqis Hassan (dua dari kiri) dan Azian Mohd Razali (paling kanan). AZMAN GHANI/THE STAR

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Graduan psikologi, Ekta Gupta mula mengenali program Bahasa Inggeris 1Malaysia (BI1M) ketika melayari Internet.

Program itu menarik perhatiannya kerana ia menawarkan kemahiran penguasaan bahasa Inggeris kepada rakyat Malaysia setiap hari.

Gupta yang mempunyai pengalaman sebagai seorang guru kemudiannya membeli sendiri tiket penerbangan dari London ke Kuala Lumpur untuk mengambil bahagian dalam program berkenaan sebagai seorang guru.

Program BI1M merupakan projek perintis lima bulan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan oleh Kementerian Kewangan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan SOLS 24/7 untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris.

Ia berfungsi untuk mengajar asas bahasa Inggeris di 17 Pusat Transformasi Bandar (UTC) serta Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di seluruh Malaysia.

Gupta yang berasal dari Buckinghamshire di Britain berhubung dengan SOLS 24/7 untuk menawarkan perkhidmatannya secara sukarela sebagai seorang guru.

"Program ini sangat menakjubkan kerana ia membolehkan pelajar merasa yakin apabila bercakap bahasa Inggeris.

"Saya rasa program ini sangat interaktif dan kami bekerja rapat dengan pelajar-pelajar," katanya kepada The Star.

Gupta yang berpangkalan di UTC Sentul sebagai pengurus pusat dan guru berkata, program BI1M telah mengajar beliau mengenai kepentingan pendidikan dan asas pengajaran.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata Kementerian Kewangan akan terus membiayai program ini pada skala yang lebih besar.

"Program seperti ini akan membantu meningkatkan tahap bahasa Inggeris dalam masyarakat kita.

"Sekiranya kerajaan tidak membantu, siapa lagi yang akan berbuat demikian?" katanya.

Mohd Irwan berkata program seperti itu perlu untuk meningkatkan kehidupan rakyat dan ia adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi di mana tidak ada seorang pun yang terpinggir.

Tags / Kata Kunci: Bahasa Inggeris 1Malaysia , BI1M

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan