Tony Pua Beri Keterangan Kepada SKMM

Diterbitkan: Isnin, 1 Ogos 2016 9:20 PM

(Ubah saiz teks)

CYBERJAYA: Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua pada Isnin memberi keterangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berhubung catatan dimuat naik olehnya dalam media sosial pada 21 Julai berkaitan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan laporan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.

Ketua Publisiti DAP itu, yang pergi ke pejabat SKMM di sini dengan ditemani peguamnya Gobind Singh Deo, berkata beliau disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berikutan lima laporan polis dibuat terhadap catatan dimuat naik dalam Facebook dan Twitter miliknya.

"Saya telah memberi keterangan kira-kira sejam. Saya juga mengaku bahawa memang saya yang memuat naik status-status tersebut.

Tiada keperluan untuk saya memadamkan catatan berkenaan," katanya ketika ditemui pemberita selepas memberi keterangan itu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: SKMM , Tony Pua

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan