Tak Semestinya Jadi 'Ironman' - Khairy - Berita Semasa | mStar

Tak Semestinya Jadi 'Ironman' - Khairy

Diterbitkan: Isnin, 1 Ogos 2016 3:17 PM

Khairy bersama sebahagian pelajar Victoria Institution yang menyahut cabaran untuk melakukan ujian kecergasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyeru golongan muda supaya keluar daripada zon selesa dan cabar kemampuan diri dalam usaha membentuk generasi berdaya saing.

Menurut Khairy, rakyat Malaysia khususnya generasi muda perlu meletakkan sasaran tertentu melebihi kemampuan biasa jika ingin berjaya.

Memberi contoh kejayaannya dalam acara triatlon Ironman 70.3 Putrajaya April lalu, beliau berkata penyertaannya didorong oleh keinginan dan matlamat untuk menguji kemampuan diri.

"Saya mahu orang muda buat benda yang sama. Cuba lakukan perkara yang tak pernah anda lakukan sebelum ini.

"Lakukan sesuatu yang boleh push you to the limit. Saya sertai Ironman sebab mahu cabar kemampuan saya. Sebelum ini saya tak tahu setakat mana kemampuan maksimum saya," katanya ketika menyampaikan motivasi kepada pelajar Victoria Institution (VI) di sini, Isnin.


Khairy bersama pelajar Victoria Institution melakukan senaman 'plank' sebelum memulakan ceramah.

Sebelum ini Khairy menerima pujian kerana menjadi menteri Kabinet pertama menyertai dan menyelesaikan semua cabaran dalam acara Ironman iaitu renang sejauh 1.9 kilometer (km), berbasikal sejauh 90 km dan larian sejauh 21.1 km.

Bagaimanapun kata Khairy, beliau tidak mengharapkan semua pihak melakukan perkara yang sama bagi mencabar kemampuan diri masing-masing.

"Tak perlu sertai Ironman. Mesejnya ialah saya mahu anda semua keluar daripada kedudukan selesa. Kalau zon selesa anda sebelum ini ialah lari mengelilingi padang sebanyak empat kali, anda perlu cuba lakukan lima atau enam kali.

"Kalau tak cabar, anda tak tahu sejauh mana maksimum kemampuan anda. Begitu juga dalam pelajaran dan kehidupan. Jangn duduk dalam zon selesa," katanya.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan