Pengasas Pasar Raya Mydin Meninggal Dunia

Diterbitkan: Isnin, 1 Ogos 2016 10:15 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengasas rangkaian pasar raya Mydin, Mydin Mohamed Ghulam Hussein meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini Isnin kerana sakit tua.

Anak Allahyarham yang juga Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin, 60, berkata bapanya yang berusia 88 tahun itu meninggal dunia pada 5.06 petang.

"Bapa saya dibawa ke hospital kerana muntah-muntah selepas pulang dari kedai (Mydin) di Masjid India selepas waktu Zohor tadi," katanya.

Beliau berkata jenazah dijangka dikebumikan di Mont Kiara selepas solat Zohor pada Rabu, setelah kepulangan anak bongsu Allahyarham yang menetap di Amerika Syarikat.

Lahir di Pulau Pinang pada 1928, Allahyarham meninggalkan isteri Rowshan Bai, 80, serta tujuh anak.

Ameer Ali berkata syarikat Mydin diasaskan arwah bapanya di Kota Baharu, Kelantan pada 1957.

"Arwah merupakan seorang yang sangat berdisiplin dan menepati waktu semasa berurusan dengan orang lain terutama dalam urusan perniagaan.

"Arwah juga sering mengingatkan anak-anaknya supaya makan duit yang halal dengan menjalankan perniagaan yang jujur," kata Ameer Ali yang merupakan anak ketiga Allahyarham. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan