Pasukan Khas Selaras Perkara Berkaitan Sistem Bantuan Guaman - Azalina

Diterbitkan: Isnin, 1 Ogos 2016 6:22 PM

Azalina Othman Said.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan khas akan ditubuhkan bagi menyelaras semua perkara berkaitan sistem bantuan guaman di negara ini selaras cadangan pindaan Akta Profesion Undang-Undang 1976 (LPA) (Akta 166), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata pendekatan itu dapat memperhalusi peranan agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) dalam menyalurkan bantuan guaman lebih tepat kepada rakyat.

"Kita perlu lakukan perubahan kerana banyak cabaran terutama dari segi pemberian bantuan guaman ... adakah kerajaan memberikan kepada rakyat Malaysia ataupun bukan rakyat selain peningkatan kes jenayah dan sivil serta kes keluarga di Mahkamah Syariah," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan mesyuarat dengan Yayasan Bantuan Guaman dan Majlis Peguam di bangunan Parlimen di sini, Isnin.

Azalina menegaskan pindaan LPA bukan untuk mengawal Majlis Peguam sebaliknya dibuat selaras dengan Seksyen 42 (1)(I) akta itu yang memajukan hubungan baik dan pergaulan sosial dalam kalangan ahli dan antara ahli dengan orang lain yang terlibat dalam pentadbiran undang-undang.

Beliau berkata pertemuan dengan Majlis Peguam akan dibuat awal bulan depan bagi menyelesaikan segala isu dan cadangan yang berbangkit mengenai draf pindaan LPA.

"Pengamal undang-undang tidak perlu gusar terhadap pindaan LPA kerana kerajaan akan mendapatkan maklum balas semua pihak sebelum pindaan itu dibuat," katanya.

Katanya kerajaan sedar banyak perkara perlu diperhalusi sebelum pindaan dapat dibuat dan akan terus mengadakan perjumpaan dan perbincangan sebelum draf pindaan itu dibawa ke Parlimen pada sidang Oktober depan.

Azalina berkata antara isu dan cadangan yang diutarakan semasa mesyuarat pertama selepas mengambil alih Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), JPM itu seperti sistem pemilihan elektronik dalam pemilihan pimpinan majlis Majlis Peguam dan fokus untuk meningkatkan profesion peguam.

"Pindaan yang dicadang kelak adalah demi kebaikan berterusan dalam sistem perundangan negara dan pihak-pihak yang berkepentingan terutama untuk melindungi 17,000 peguam berdaftar di negara ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan