Tidak Boleh Guna Pasport Malaysia Yang Dilaporkan Hilang - KDN

Diterbitkan: Isnin, 1 Ogos 2016 1:44 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) yang dijumpai semula selepas dilaporkan hilang tidak boleh digunakan dan permohonan gantian PMA perlu dibuat untuk tujuan ke luar negara, demikian menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN).

KDN dalam satu kenyataan hari ini berkata kementerian itu mewajibkan kehilangan PMA dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkuat kuasa 27 Feb tahun lepas.

Menurut KDN, semua maklumat mengenai PMA yang dilaporkan hilang akan dikongsi dalam pangkalan data Interpol.

"Langkah ini diambil bagi memastikan PMA berkaitan tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Dalam konteks ini, PMA yang dijumpai semula tidak boleh digunakan dan permohonan gantian PMA hendaklah dibuat untuk tujuan ke luar negara," katanya.

Menurut KDN, Pangkalan Data Stolen and Lost Travel Document (SLTD) Interpol boleh diakses oleh beberapa negara termasuk Singapura, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Penggunaan semula PMA yang dilaporkan hilang di negara-negara yang mempunyai akses kepada pangkalan data SLTD Interpol akan diambil kira sebagai perjalanan dengan dokumen yang tidak teratur, katanya.

Ia boleh mengakibatkan pelbagai masalah kepada pemegang PMA sama ada pemilik sebenar atau pihak ketiga yang cuba menyalahgunakan PMA berkenaan.

"Dengan ini, KDN mengingatkan semua pihak supaya mematuhi arahan melaporkan kehilangan PMA kepada PDRM dan memohon gantian PMA untuk tujuan perjalanan keluar negara," kata KDN.

Tags / Kata Kunci: Malaysia , KDN

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan