Majlis Fatwa Kebangsaan Perlu Perbincangan Cadangan Penanaman Ketum

Diterbitkan: Isnin, 1 Ogos 2016 10:45 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Majlis Fatwa Kebangsaan diminta mengadakan perbincangan bersama pakar perubatan serta pemimpin masyarakat mengenai penanaman ketum berskala besar di negara ini, yang dicadangkan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).

Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Perak, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata cadangan tersebut dilihat agak sensitif dan boleh menimbulkan kontroversi.

"Sekiranya pokok ketum ditanam secara meluas di negara ini, ia dibimbangi mendatangkan lebih banyak kemudaratan dalam kalangan masyarakat daripada keuntungan yang akan diperoleh kelak.

"Diharap kerajaan dan pihak berkaitan akan memperhalusi cadangan berkenaan supaya ia tidak disalahguna segelintir pihak terutamanya generasi muda," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Perak serta Lembaga PPK Perak di sini Isnin, yang dihadiri kira-kira 1,000 orang.

Mengulas lanjut, Raja Ahmad Zainuddin berkata terdapat banyak tanaman lain yang boleh ditanam dalam kawasan kebun getah untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil.

"Sebagai contoh, mereka boleh menanam pokok petai atau durian belanda yang dipercayai boleh mengubati penyakit," katanya.

Baru-baru ini, Pengerusi Risda Datuk Zahidi Zainul Abidin ingin mendapatkan kebenaran kerajaan untuk melaksanakan projek penanaman daun ketum secara berskala besar bagi memenuhi industri farmaseutikal dari negara luar.

Zahidi berkata penanaman ketum sebagai alternatif bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil di negara ini, sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan terhadap getah disebabkan harga komoditi itu menurun ketika ini.- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan