Kumpulan Pelajar Umum Perhimpunan #TangkapMalaysianOfficial1

Diterbitkan: Isnin, 1 Ogos 2016 3:49 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Satu gabungan kumpulan pelajar telah mengumumkan perhimpunan #TangkapMalaysianOfficial1 di Kuala Lumpur pada 27 Ogos ini.

Mereka menyasarkan perhimpunan itu bakal dihadiri oleh 10,000 orang di mana ia dibuat bertujuan memberi tekanan kepada pihak berkuasa menangkap dan mendakwa 'MalaysianOfficial1' yang telah dinamakan dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat baru-baru ini yang dikatakan mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB ).

Jurucakap kumpulan itu, Anis Syafiqah Md Yusof pada sidang akhbar berkata, perhimpunan itu terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang atau ideologi politik.

"Isu 1MDB tidak lagi menjadi isu dalam negara ini, tetapi telah menjadi berita besar di seluruh dunia. Anak muda tidak lagi boleh menerima apabila negara menjadi bahan ketawa masyarakat antarabangsa," katanya.

Anis berkata, mereka masih belum memohon permit polis untuk mengadakan perhimpunan itu tetapi akan melakukannya tidak lama lagi.

DOJ Amerika Syarikat, bulan lalu telah memfailkan tindakan undang-undang untuk menyita berpuluh-puluh hartanah berkaitan 1MDB, dengan mendakwa bahawa lebih $3.5 bilion (RM14 bilion) telah disalahgunakan daripada institusi itu.

Tindakan undang-undang itu yang difailkan di Los Angeles, dibuat untuk merampas aset yang terlibat dalam dan dikesan mempunyai konspirasi antarabangsa untuk melakukan penyelewengan wang daripada 1MDB.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan