ETCM Panggil Semula Beberapa Model Kenderaan Nissan

Diterbitkan: Isnin, 1 Ogos 2016 10:31 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) dan Tan Chong Ekspres Auto Servis Centre (TCEAS) memanggil semula beberapa model kenderaan Nissan bagi menggantikan inflator beg udara Takata dan penyangga ruang kargo.

Menurut ETCM, kira-kira 110,945 kenderaan Nissan terlibat bagi penggantian inflator beg udara Takata manakala 22,173 kenderaan pula akan menjalani penukaran penyangga tersebut.

Antara model yang terlibat terdiri daripada Navara, Latio, Grand Livina, X-Gear, X-Trail, Teana, Liberty, Serena S-Hybrid C26 dan NV200 M20.

Menurut pengedar kenderaan Nissan di Malaysia itu, pelanggan yang terjejas akan diberitahu secara langsung dan melalui surat.

Sebaik sahaja menerima surat berkenaan, mereka dinasihatkan menghubungi cawangan TCEAS terdekat untuk temu janji.

Pelanggan juga boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian bebas tol 1800-88-3838 untuk penjelasan lanjut atau layari www.nissan.com.my (klik pada "Owners" dan diikuti "Recall Campaign") sama ada kenderaan Nissan mereka terlibat dalam kempen berkenaan atau sebaliknya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: ETCM , Nissan , beg udara Takata

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan