Dzulkifli Harap Kerjasama, Sokongan Semua Pihak Banteras Rasuah

Diterbitkan: Isnin, 1 Ogos 2016 2:37 PM

Datuk Dzulkifli Ahmad mengetip kad perakam waktu bagi memulakan tugas sebagai Ke­tua Pesuruhjaya SPRM yang baharu sambil disaksikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Seri Mohd Jamidan Abdullah (kanan) dan Pengarah Bahagian Keselamatan SPRM, Datuk Alias Salim (kiri) di ibu pejabat SPRM, Isnin. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu Datuk Dzulkifli Ahmad berharap semua pihak dapat memberi kerjasama dan sokongan dalam membanteras rasuah di negara ini.

Beliau berkata pelantikan beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM merupakan peluang baginya untuk meneruskan khidmat dan berbakti kepada negara.

"Saya akan berusaha sebaik mungkin melaksanakan tanggungjawab sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, dan melaksanakan usaha pencegahan rasuah di Malaysia secara amanah, tegas dan adil.

"Saya turut sedar akan cabaran getir dan harapan tinggi yang diletakkan kepada saya," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Isnin.

Dzulkifli turut merakamkan penghargaan kepada pihak kerajaan atas keyakinan dan kepercayaan yang diberikan kepadanya.

"Saya juga dengan penuh rasa hormat dan takzim ingin merafak sembah menjunjung kasih yang tidak terhingga di atas perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah atas pelantikan dan amanah yang diberikan kepada saya.

"Di samping itu, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Dr Abu Kassim Mohamed atas kepimpinannya yang cemerlang serta sumbangannya yang besar kepada SPRM dan negara," katanya.

Dzulkifli, yang sebelum ini merupakan Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara, menggantikan Tan Sri Dr Abu Kassim Mohamed.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa pada Jumaat lepas mengumumkan pelantikan Dzulkifli sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu mulai 1 Ogos 2016 sehingga 31 Julai 2021.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan