Azmin Umum Imbuhan Untuk Pemenang Pingat Emas Sukma

Diterbitkan: Isnin, 1 Ogos 2016 1:37 PM

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bergambar bersama atlet Selangor yang gembira menerima piala kejohanan setelah muncul juara keseluruhan Sukma ke-18, malam Ahad. Selangor mengutip 59 emas, 73 perak dan 63 gangsa. Sarawak menduduki tempat kedua dengan 57 emas, 43 Perak dan 59 gangsa. -fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Atlet Selangor yang memenangi pingat emas dalam acara individu pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2016 baru-baru ini akan menerima imbuhan RM5,000 setiap seorang, manakala juara acara berpasukan akan menerima RM2,000 hingga RM3,000.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Isnin.

Menurut Azmin, peningkatan jumlah imbuhan itu sejajar dengan peningkatan peruntukan Sukma negeri iaitu RM958,000 kepada RM1.1 juta.

"Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, pencapaian mereka perlu diberi pengiktirafan yang sewajarnya," kata Azmin.

Beliau berkata Selangor amat menghargai dedikasi dan kerja keras atlet serta pegawai sukan yang membolehkan negeri ini berbangga dengan kemenangan mereka.

Selangor muncul juara keseluruhan pada temasya Sukma yang berakhir minggu lalu dengan 59 emas, 73 perak dan 63 gangsa.

Menteri besar juga menyampaikan ucapan tahniah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan menambah atlet negeri juga mendapat semangat dan motivasi dengan kehadiran Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah pada majlis itu.


Raja Muda telah menghabiskan masa selama tiga hari di Sukma dan telah menghadiri tujuh daripada semua acara yang melibatkan penyertaan pasukan Selangor.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan