MB Perlis Nafi Bersekongkol Dengan Tun M Untuk Jatuhkan PM

Diterbitkan: Isnin, 1 Ogos 2016 11:49 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man menafikan tuduhan dan dakwaan seorang blogger bahawa beliau bersekongkol dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata beliau tidak pernah melakukan perbuatan tersebut atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh dianggap 'menikam belakang' perdana menteri sehingga hari ini sebagaimana didakwa blogger Yusman Zahari.

"Saya sentiasa menyokong tanpa berbelah-bagi malah ketika perdana menteri diserang berkaitan isu 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion, saya adalah antara ketua UMNO bahagian yang secara terang, jelas dan tegas mempertahankan kepimpinan beliau.

"Niat buruk Yusman terserlah dengan mengadakan cerita yang tidak pernah berlaku dan menuduh Senator Ramli Sharif yang saya namakan sebagai Ahli Dewan Negara berada di barisan hadapan menyambut Tun Dr Mahathir pada 28 Julai lepas," katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.

Beliau mengulas mengulas tulisan blogger tersebut yang bertajuk 'Pemimpin UMNO Perlis Terlibat Salurkan Dana Gerakan Mahathir Jatuhkan Najib.'

Azlan berkata tulisan blogger itu bersifat pembohongan, fitnah dan berniat jahat selain cuba menimbulkan permusuhan antara beliau dengan perdana menteri dan membentuk persepsi negatif rakyat Perlis terhadapnya.

Katanya tuduhan blogger tersebut bahawa beliau tidak pernah menyokong perdana menteri secara terbuka dan mengadakan perjumpaan tertutup dengan Datuk Seri Mukhriz Mahathir semasa Mukhriz masih menteri besar Kedah juga adalah tidak benar.

"Saya mencabar Yusman membuktikan segala tuduhannya dan menuntut beliau menarik balik dakwaan, pembohongan dan fitnah serta memohon maaf secara terbuka kepada saya dalam masa terdekat.

"Sekiranya dia gagal berbuat demikian saya akan mengambil tindakan undang-undang dan menyaman beliau untuk membersihkan nama saya," kata beliau yang juga ketua UMNO bahagian Kangar. 

Tags / Kata Kunci: Perlis , Azlan Man , PM

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan