Sambutan Hari Pahlawan Penuh Isitiadat

Diterbitkan: Ahad, 31 Julai 2016 10:53 AM

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke majlis Istiadat Perbarisan Hari Pahlawan di Dataran Pahlawan Negara pada Ahad. Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Panglima ATM Jeneral Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke istiadat sambutan Hari Pahlawan 2016 yang diadakan di Dataran Pahlawan Negara, Presint 1, di sini, Ahad.

Istiadat sambutan Hari Pahlawan dimulakan dengan perarakan masuk Panji-panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Panji-panji Rejimen dari Batalion Pertama, Rejimen Askar Melayu Diraja oleh Kawalan Utama terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat.

Lagu 'Negaraku' dimainkan dengan diiringi 21 das tembakan meriam yang disempurnakan 41 Bateri Istiadat, Rejimen Artileri Diraja, diketuai Mejar Mohd Asri Che Wil.

Perbarisan Hari Pahlawan hari ini terdiri daripada 28 pegawai dan 785 anggota lain-lain pangkat dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia, Persatuan Veteran ATM dan Persatuan Veteran Polis Diraja Malaysia.

Perbarisan diketuai Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, Lt Kol Mohd Radzi Othman.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Acara diteruskan dengan tiupan 'Paluan Akhir' yang lebih dikenali sebagai 'Last Post' dengan menurunkan Jalur Gemilang.

Hadirin kemudian disajikan dengan deklamasi sajak bertajuk 'Pahlawanku' oleh Kolonel Mohd Radzi Abdul Hamid.

Pantomin 'Pertempuran di Jalan Raya Timur-Barat, Grik, Perak" pada 15 Ogos 1977 yang menyentuh perasaan dipersembahkan.

Pantomin yang dijayakan oleh anggota dari Batalion Ke-4 Rejimen Askar Melayu Diraja mengisahkan keberanian Pegawai Warrant 1, Ielias Ibrahim, 60, bersama rakan-rakannya menentang komunis di Jalan Raya Timur-Barat bagi mempertahankan kedaulatan negara.

Beliau yang cedera di bahagian mata akibat terkena duri pokok berjaya  membunuh tiga pengganas komunis.

Pada majlis itu, Ielias yang juga penerima Pingat Gagah Berani dan rakan seperjuangan Lans Koperal Abdul Halim Hassan diberi penghormatan untuk menghadap Tuanku Abdul Halim.

Acara kemudiannnya diteruskan dengan tiupan 'Paluan Fajar' yang lebih dikenali 'Rouse. Semasa tiupan 'Paluan Fajar', Jalur Gemilang dikibarkan sebagai tanda memberi semarak kepada rakan-rakan tentera dan polis yang masih hidup untuk terus berjuang mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara.

Laungan 'Daulat Tuanku' sebanyak tiga kali sebagai simbolik bukti taat setia anggota pasukan keselamatan dan rakyat di bawah naungan baginda.

Tarikh 31 Julai ditetapkan sebagai Hari Pahlawan pada setiap tahun bagi mengenang jasa pewira tanah air yang terkorban untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Sejak 1968, acara ini dianjurkan secara bergilir antara ATM dan PDRM dan tahun ini ATM menjadi penganjur.

Sambutan tahun ini julung kali diadakan di Dataran Pahlawan Negara di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan