Pemancing Hilang Bot Terbalik Di Sungai Kelantan

Diterbitkan: Ahad, 31 Julai 2016 8:01 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Seorang pemancing dilapor hilang selepas bot yang dinaikinya terbalik dihanyut arus deras Sungai Kelantan berhampiran Rumah Pam Kemubu Lembaga KADA di sini malam Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Penolong Penguasa Bomba Mohd Rafain Mohd Zain berkata, mangsa dikenali sebagai Zaini Harun, 30-an.

Sementara dua rakan mangsa iaitu Mohd Riduan Mat Ali, 36, dan Mohd Sukri Zailani, 32, selamat.

"Mereka diselamatkan oleh anggota bomba ketika sedang berpaut pada timbunan kayu yang hanyut berhampiran rumah pam air berkenaan pada pukul 12.40 tengah malam," katanya. - Bernama

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan