Kemungkinan Wujud Kumpulan Kecil Pembunuh Upahan - Noor Rashid

Diterbitkan: Ahad, 31 Julai 2016 8:54 PM

Noor Rashid Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan wujud kumpulan kecil pembunuh upahan dalam beberapa kejadian tembak yang berlaku kebelakangan ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, mereka kebiasaannya bergerak dalam kumpulan kecil dan antaranya merupakan anggota kumpulan kongsi gelap.

"Ya, saya tidak menafikan beberapa individu tertentu yang mengambil upah menembak orang yang kebanyakannya dilakukan oleh warga tempatan sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menghadiri majlis penutup pertandingan Kejohanan Menembak Persekutuan Antarabangsa (IPSC) Piala Ketua Polis Negara dan Terbuka PDRM 2016 di Lapang Sasar, Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am, Cheras di sini, Ahad.

Noor Rashid berkata, pihaknya ketika ini sedang mengumpul maklumat untuk mengenal pasti mereka yang terlibat dalam kegiatan seperti itu.

Mengenai kes terbaharu melibatkan seorang lelaki maut ditembak di persimpangan lampu isyarat di Jalan Taman Ibukota di Setapak, Rabu lepas, beliau berkata, pihaknya telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menjejaki suspek.

"PDRM telah melancarkan satu siasatan yang rapi dan merancang satu tindakan khas berhubung kes berkenaan.

"Kami yakin suspek akan dikenal pasti dalam masa terdekat dan biarlah polis selesaikan siasatan dahulu, jika ada perkembangan kami akan maklumkan," katanya.

Dalam kejadian 3.35 petang itu, mangsa yang berumur 43 tahun yang memandu kereta jenis Honda Accord maut terkena akibat 10 das tembakan. - Bernama

Tags / Kata Kunci: pembunuh upahan , Noor Rashid Ibrahim

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan