1MDB: Singapura Periksa Peranan Goldman

Diterbitkan: Ahad, 31 Julai 2016 2:47 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Bank pusat Singapura sedang memeriksa sejauh mana penglibatan unit tempatannya, Goldman Sachs dalam urus niaga bon bagi syarikat pelaburan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) telah menyoal beberapa bank dan institusi kewangan sejak tahun lepas sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap kemungkinan berlakunya pengubahan wang haram di negara ini yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

"Pemeriksaan penyeliaan MAS ke atas Goldman Sachs (Singapura) Pte mengenai setakat mana penglibatannya dalam urus niaga bon 1MDB masih berterusan," kata jurucakap MAS dalam satu kenyataan melalui e-mel kepada Reuters.

Minggu lepas, Singapura berkata republik itu telah merampas aset bernilai S$240 juta (RM720,000) sebagai sebahagian daripada siasatan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan 1MDB dan akan mengambil tindakan terhadap beberapa bank terbesar berpangkalan di bandar negara ini kerana mengendalikan transaksi yang dikaitkan dengan dana ini.

"MAS akan mengambil tindakan kawal selia yang tegas terhadap mana-mana institusi kewangan atau individu di Singapura yang telah melanggar peraturan atau dijangka gagal memenuhi piawaian anti pengubahan wang haram," katanya.

Jurucakap Goldman Sachs di Hong Kong enggan mengulas mengenai siasatan Singapura.

Kerajaan AS pada bulan ini mendakwa bahawa berbilion-bilion dolar telah diseleweng daripada tawaran bon yang diatur oleh Goldman, untuk kegunaan peribadi pegawai-pegawai dan beberapa orang yang mempunyai kaitan dengan dana ini.

Pendakwa raya AS telah memfailkan tindakan undang-undang sivil untuk menyita lebih AS$1 bilion (RM4.02 bilion) aset yang dikatakan mempunyai kaitan dengan wang yang dicuri daripada kumpulan wang di Malaysia.

1MDB berkata ia bukanlah pihak yang terbabit dengan saman sivil itu, tidak mempunyai apa-apa aset di Amerika Syarikat, malah tidak mendapat manfaat daripada pelbagai transaksi yang dinyatakan dalam saman tersebut.

Goldman Sachs belum dituduh melakukan sebarang salah laku oleh pihak berkuasa AS.
Tags / Kata Kunci: 1MDB , Goldman Sachs

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan