Fiesta Durian Acara Tahunan Setiap Ogos

Diterbitkan: Ahad, 31 Julai 2016 9:59 AM

Pelancong asing juga tidak melepaskan peluang memilih 'raja buah' ketika Fiesta Durian 2016 di Dataran Merdeka, Sabtu. Fiesta Durian 2016 yang julung kalinya diadakan menawarkan pelbagai jenis durian antaranya D197 atau Musang King, D24 dan D160 (Tekka) dengan 20 peratus potongan harga berbanding harga pasaran. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Program Fiesta Durian Malaysia akan dijadikan sebagai acara tahunan bagi merancakkan lagi industri pengeluaran durian dan buah-buahan tempatan di negara ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata acara tahunan tersebut akan diadakan pada setiap Ogos bersempena dengan musim buah-buahan dan juga sambutan Hari Kebangsaan.

"Hari ini adalah permulaan kepada satu acara fiesta durian dan kita hendak jadikan acara tahunan...kita hendak membudayakan rakyat Malaysia untuk menjadikan bulan Ogos sebagai bulan makan durian seterusnya dapat menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Fiesta Durian 2016 di Dataran Merdeka, di sini, Sabtu.

Katanya hal ini kerana industri eksport durian di negara ini menunjukkan perkembangan positif yang mana pada tahun lepas jumlah eksport durian mencecah RM60 juta dan kerajaan menyasarkan jumlah eksport raja buah itu meningkat sehingga RM400 juta dalam beberapa tahun akan datang.

Dalam pada itu, Fiesta Durian 2016 di Dataran Merdeka selama tiga hari bermula semalam menjangkakan jumlah jualan durian sebanyak RM1 juta.

Selain itu, program yang sama turut diadakan bermula hari ini selama tiga hari di Raub, Pahang; Gopeng, Perak; Balik Pulau, Pulau Pinang; selain turut diadakan di luar negara iaitu Singapura dan Hong Kong.

Ahmad Shabery juga berkata Fiesta Durian 2016 yang diterajui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mendapat sambutan memberangsangkan daripada sektor swasta yang turut menempah durian keluaran FAMA untuk program seumpama itu di pejabat mereka.

Fiesta Durian 2016 yang menjadikan KenDurian (Kenduri Durian) sebagai acara utama menyaksikan pelbagai aktiviti dijalankan seperti jualan durian dan buah-buahan tempatan, jualan produk berasaskan durian, demo masakan menggunakan durian dan pertandingan makan durian.

Terdahulu, pada majlis perasmian itu Ahmad Shabery turut melepaskan peserta 'Malaysian International Durian Hunt 2016' dan 'Durian Fun Run'.

Turut hadir pada majlis itu Pengerusi FAMA Datuk Badruddin Amiruldin.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan