Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Kekang Penyeludupan Senjata Api - Berita Semasa | mStar

Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Kekang Penyeludupan Senjata Api

Diterbitkan: Sabtu, 30 Julai 2016 8:25 AM

Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Tentera Darat Malaysia (TDM) sentiasa mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan negara ini dalam usaha mengekang sebarang aktiviti penyeludupan termasuk senjata api. 

Panglima Tentera Darat, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, bagi tujuan itu beliau telah mengarahkan Panglima Medan supaya semua anggota bertugas di sempadan melakukan eksesais secara berkala untuk menentukan keselamatan kawasan berkenaan.

"Warga tentera yang berkhidmat di situ (sempadan negara) akan terus memantau keselamatan dan kita akan berusaha sebaik mungkin untuk mengelak benda ini (penyeludupan senjata api) berlaku.

"Penyeludupan ini berbagai-bagai bentuk dan cara," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Tentera Darat di Kem Darlockwood di sini, Jumaat malam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah saluran televisyen yang mengatakan antara punca utama dikenal pasti kes jenayah tembak semakin berleluasa sejak kebelakangan ini adalah disebabkan aktiviti penyeludupan senjata api di sempadan yang semakin aktif dan upah pembunuh upahan yang rendah.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum dan Panglima 4 Briged (Mekanize) Brig Jen Datuk Md Din Abu.

Selain itu, Raja Mohamed Affandi berkata, TDM turut mempunyai kerjasama yang baik dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam aspek penyelarasan operasi antara kedua-dua pasukan keselamatan berkenaan di sempadan negara. 

Ditanya kemungkinan untuk menambah keanggotaan sedia ada di sempadan, beliau berkata, pada masa ini tiada keperluan anggota tentera ditambah bagi mengawal keselamatan sempadan memandangkan jumlah keanggotaan sedia ada sudah memadai. - Bernama

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan