PKR Anjur Siri Jelajah 1MDB

Diterbitkan: Sabtu, 30 Julai 2016 3:34 PM

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan akan mengadakan siri jelajah bagi menjelaskan kepada rakyat berhubung dakwaan berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Siri jelajah yang tidak dinyatakan tarikhnya merupakan persediaan parti pembangkang itu untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa, parti itu sudah mendepani kemelut salah guna kuasa yang membelenggu negara sejak dahulu.

Katanya, parti itu akan terus bangkit selagi pelbagai agenda reformasi belum tercapai termasuk reformasi parlimen, kehakiman, sistem pilihan raya dan dasar pemisahan kuasa.

Menurut Wan Azizah, beliau turut meminta semua pihak termasuk parti-parti sekutunya dalam Pakatan Harapan dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan kerjasama dalam siri jelajah itu.

"Justeru, kami mengalu-alukan kesediaan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bekerjasama, dan berganding bahu bersama rakan-rakan Pakatan Harapan, parti politik, badan-badan bukan kerajaan serta individu-individu dalam menggerakkan momentum menangani krisis rasuah dan salah guna kuasa.

"Kerjasama ini termasuk siri jelajah yang dianjur pelbagai pihak untuk menerangkan isu-isu mutakhir termasuk kes 1MDB," katanya pada sidang media khas di sini, Sabtu.

Turut hadir adalah Muhyiddin, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Wan Azizah berkata, kerjasama itu mendapat sokongan parti-parti sekutu dalam Pakatan Harapan dan perbincangan mengenainya berterusan.

Siri jelajah itu juga mendapat sokongan Muhyiddin malah bekas timbalan perdana menteri itu menyifatkan inisiatif tersebut perlu dipertingkatkan lagi.

"Saya sokong inisiatif yang dicadangkan ini, malah saya rasa ia perlu dipertingkatkan lagi. Kalau rakyat tidak disedarkan kuasa mereka untuk menentukan masa depan negara, sampai bila-bila pun mereka tidak akan sedar.

"Saya akan terlibat bila dijemput. Itu pun kalau mereka mahu jemput sayalah," kata Muhyiddin.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan