MLNG Mula Siasat Punca Kebakaran Di Bintulu

Diterbitkan: Sabtu, 30 Julai 2016 10:45 PM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Malaysia LNG Sdn Bhd (MLNG) telah memulakan siasatan untuk mengenal pasti punca kebakaran di sebuah daripada transformer di Kompleks Gas Asli Cecair Petronas (LNG) di Bintulu pagi Sabtu.

Jabatan Hal Ehwal Awam MLNG berkata, kebakaran dikesan di sebuah daripada transformer di pencawang No 42 pada 9.40 pagi am dan ketika itu juga, Pasukan Intervensi Pertama MNLG dengan serta-merta dikerahkan untuk menangani keadaan.

"Api dapat dipadamkan menjelang 10 pagi dan menjelang 10.15 pagi, penggera telah dibunyikan untuk memaklumkan bahawa keadaan terkawal dan semua aktiviti di stesen disambung semula," kata jabatan itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Sabtu malam.

"Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan. Insiden itu tidak memberi impak kepada alam sekitar dan masyarakat," kata jabatan itu.

MLNG berkata siasatan adalah selaras dengan standard dan amalan antarabangsa. -Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan