Anak-Anak Malaysia Walk: Jiwai Cinta Negara Dari Kemeja-T

Diterbitkan: Sabtu, 30 Julai 2016 9:37 AM

Pengasas bersama Projek57, Syed Sadiq Albar (kanan) dan Collin Swee mahu menyatu-padukan rakyat Malaysia menerusi kemeja-T keluaran mereka.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Projek57 yang melabelkan ia sebagai satu gerakan harapan, mengeluarkan kemeja-T yang memaparkan imej Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan negara sebagai usaha kumpulan itu untuk menggalakkan perpaduan rakyat Malaysia.

"Bagi menunjukkan seberapa banyak kita mencintai negara ini, tiada yang lebih baik daripada menunjukkannya secara jelas.

"Sebagai ikon negara, imej Tunku Abdul Rahman dipaparkan sebagai simbol harapan pada kemeja-T yang dikeluarkan kami.

"Pada awalnya, kami berasa ragu-ragu sama ada usaha ini berhasil atau tidak tetapi apabila anak lelaki saya berusia lapan tahun dapat mengenali beliau, kami tahu ia dapat dilaksanakan," kata Syed Sadiq Albar, yang memulakan Projek57 pada September 2014 bersama rakannya yang juga rakan niaga, Collin Swee.

Kedua-dua mereka mengusahakan kedai menjual kemeja-T di kompleks membeli-belah Atria di Damansara Jaya.

"Kami mahu rakyat Malaysia berasa bangga dengan memakai kemeja-T yang dikeluarkan kami, yang mana ia merupakan bahagian pertama. Bahagian kedua ialah di mana perusahaan sosial berlaku. Kami mahu membantu ibu-ibu tunggal dan belia yang kurang bernasib baik."

Kemeja-T yang dikeluarkan mempamerkan reka bentuk tempatan berserta mesej-mesej bermakna mengenai Malaysia.

Projek57 akan mewujudkan rangkaian pengedar yang meliputi kumpulan sasaran, yang mana akan mendapat RM5 bagi setiap kemeja-T yang dijual, manakala 40 peratus daripada baki keuntungan akan digunakan untuk menganjurkan program memperkasakan dan latihan keusahawanan untuk golongan itu.

Syed Sadiq berkata, Projek57 yang merujuk tahun negara mencapai kemerdekaan akan menggalakkan rakyat Malaysia bersama-sama menyokong gerakan yang dapat menyatu-padukan negara.

"Kami bertanyakan kepada diri sendiri mengenai apakah yang penting di Malaysia dan bagaimana kita dapat menyatu-padukan mereka bersama.

"Kami terfikir mengenai perpaduan, kerana kami percaya apabila rakyat bersatu, kita boleh melihat masalah-masalah lain dalam negara," katanya.

Swee berkata, Projek57 mahu mengingatkan rakyat mengenai nilai negara yang bermula dengan kepelbagaian, toleransi, perpaduan dan berdaya maju menjadi kunci yang membuatkan negara kita lebih kuat dan bersatu.

Syed Sadiq dan Swee merupakan 'influencer' bagi program jalan kaki 'Anak-Anak Malaysia Walk' di Pusat Bandar Bukit Bintang pada 14 Ogos depan.

Acara jalan kaki 'Anak-Anak Malaysia Walk' akan diadakan sejauh 3.4 kilometer (km), akan dimulakan dengan pelepasan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abd Aziz.

Ia dianjurkan Kumpulan Media Star dengan kerjasama pemaju hartanah terkemuka Eco World Development Group Bhd. Penaja lain merupakan Proton, Panasonic, Tenaga Nasional dan YES.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-7967 1388, sambungan 1432/1529/1243 (Isnin-Jumaat, 9 pagi -5 petang).

Tags / Kata Kunci: Projek57 , Anak-Anak Malaysia Walk

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan