Kementerian Kesihatan Tolak Cadangan Tanam Daun Ketum

Diterbitkan: Jumaat, 29 Julai 2016 11:50 PM

(Ubah saiz teks)

SEGAMAT: Kementerian Kesihatan tidak bersetuju dengan cadangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) supaya kerajaan membenarkan pekebun kecil di negara ini menanam pokok ketum bagi meningkatkan pendapatan mereka.

Menterinya Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata kementerian itu ketum mempunyai ciri-ciri seperti ganja dan heroin yang boleh mendatangkan kesan negatif.

"Kita tidak sokong apa yang dicadangkan oleh RISDA agar ketum ditanam untuk tujuan perubatan walaupun mendapat permintaan tinggi dari beberapa syarikat farmasi dari Amerika Syarikat dan Eropah," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat malam.

Beliau berkata demikian pada program penyerahan uniform Pakaian Operasi Digital (P.O.V) Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan sambutan Hari Raya Rela daerah Segamat.

RISDA sebelum ini memohon kerajaan agar membenarkan pekebun kecil di negara ini menanam pokok ketum bagi meningkatkan pendapatan golongan berkenaan. 

"Kita risau jika penanaman ketum dibenarkan akan timbul masalah salah guna oleh golongan remaja terutamanya pelajar sekolah yang sukar dibendung nanti,"katanya.

Sementara itu mengulas mengenai kes difteria, beliau berkata sehingga kini terdapat 25 kes yang dikesan oleh kementerian.

"Kita sedang kaji daripada semua sudut mengapa perkara ini berlaku walaupun pada masa dahulu kita telah menghadapi beberapa kes difteria namun kali ini jumlah tersebut lebih tinggi daripada biasa dan mereka yang mendapat vaksin tidak terkecuali dijangkiti penyakit itu," katanya.

Beliau berkata sekarang ini Kementerian Kesihatan menerusi semua agensi di bawahnya dalam proses mengkaji kenapa perkara ini berlaku dan bagaimana untuk mengawalnya.

"Saya diberitahu bahawa negara lain turut mengalami masalah yang sama contohnya negara Filipina yang menghadapi masalah penularan penyakit difteria pada tahun lepas dan jumlah telah meningkat pada tahun ini.

"Kita akan mengkaji sama ada ianya berlaku di seluruh dunia ataupun hanya berlaku di negara kita," katanya.

Beliau berharap orang ramai tidak mengambil mudah jika menghadapi tanda-tanda sakit tekak sebaliknya terus membuat pemeriksaan di klinik atau hospital, manakala doktor kerajaan mahupun swasta mesti mengambil berat tentang perkara ini dan mengadakan penyiasatan untuk memastikan penyakit dapat dikesan awal.

"Bakteria dapat dirawat dengan ubat namun ianya perlu dikesan daripada awalserta mendapat ubat yang betul," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Daun ketum , risda , eksport , Dr S.Subramaniam

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan