Anak-Anak Malaysia Walk: Nazir Sedia Lahirkan Hasrat Negara Lebih Aman

Diterbitkan: Jumaat, 29 Julai 2016 12:13 PM

Nazir tidak sabar untuk menyertai program jalan kaki 'Anak-Anak Malaysia Walk' bersempena sambutan Kemerdekaan 2016 pada 14 Ogos depan. Foto IBRAHIM MOHTAR/The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tokoh perbankan, Datuk Seri Nazir Razak tidak sabar untuk mengambil bahagian dalam program jalan kaki 'Anak-Anak Malaysia Walk' bersempena sambutan Kemerdekaan 2016 pada 14 Ogos depan.

Pengerusi CIMB Group itu berkata, beliau bersedia untuk merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara lebih baik, iaitu lebih kaya, aman dan bersatu-padu.

"Malaysia merupakan negara yang makmur, aman dan bersatu-padu, dan sudah tentu, ketiga-tiga elemen ini berhubungan. Ia merupakan tempat semua orang yang merasakan ia adalah untuk mereka," katanya kepada The Star.

Kesederhanaan bagi Malaysia merupakan sesuatu yang disokong Nazir, membuatkan beliau menyertai program jalan kaki Anak-Anak Malaysia, bertujuan untuk menyambut kepelbagaian Malaysia dan menggalakkan perpaduan dan persefahaman.

"Apa juga perbezaan, kita masih merupakan satu negara. Kita perlu berusaha untuk kebaikan negara ini dan rakyatnya, tanpa mengira kaum, jantina dan agama.

"Jelas sekali pada satu masa apabila anda merasai dunia politik toksik, ia akan menenangkan kembali kepada konsep yang bersuara tentang perpaduan dan kepelbagaian budaya yang begitu kepada negara," katanya.

Acara jalan kaki 'Anak-Anak Malaysia Walk' akan diadakan sejauh 3.4 kilometer (km), bermula dari Pusat Bandar Bukit Bintang (BBCC) pada 14 Ogos.

Ia dianjurkan Kumpulan Media Star dengan kerjasama pemaju hartanah terkemuka Eco World Development Group Bhd. Penaja lain merupakan Proton, Panasonic, Tenaga Nasional dan YES.

Untuk menyertai larian ini, sila daftar penyertaan di http://sites.thestar.com.my/aamwalk/

Peserta 3,000 terawal akan menerima tiket sumbangan Golden Screen Cinemas.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-7967 1388, sambungan 1432/1529/1243 (Isnin-Jumaat, 9 pagi -5 petang).

Tags / Kata Kunci: Nazir Razak , Anak-Anak Malaysia Walk

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan