Laporan Polis Khairul Azwan Atas Kapasiti Individu - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 29 Julai 2016 7:32 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Laporan polis yang dibuat Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun yang mendakwa tiga bekas pegawai tertinggi kerajaan terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas kapasiti individu, bukan mewakili parti.

Najib yang juga Presiden Umno berkata, ia merupakan tindakan rakyat negara ini yang berhak untuk membuat laporan polis.

"Ia adalah tindakan secara individu. Semua pihak ada hak. Kalau dia fikir ada maklumat atau sesuatu yang perlu disiasat oleh pihak polis, dia ada hak.

"Kita tak boleh paksa dia untuk buat atau tak buat (laporan polis). Itu terserah kepada dia," kata Najib pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Menara Dato Onn di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada laporan yang dibuat Khairul Azwan itu atas kapasiti individu atau parti Umno.  

Najib berkata, terserah kepada pihak polis dalam menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut.

"Terserah kepada pihak polis untuk menyiasat dan menentukan sama ada asas atau sebaliknya," katanya.

Pada Selasa lalu, Khairul Azwan membuat laporan polis dengan mendakwa terdapat konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri, melibatkan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed; bekas gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan