Isu Gaji Belum Selesai, Eaglexpress Kini 'Buru' ASL

Diterbitkan: Jumaat, 29 Julai 2016 8:07 AM

Dengan adanya ASL, Eaglexpress memberitahu pesawat boleh menggunakan lambang syarikat penerbangan itu sendiri dalam operasinya. Foto tpaerospace.com

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Belum selesai isu tunggakan gaji pekerja, syarikat penerbangan Eaglexpress Air Charter Sdn Bhd (Eaglexpress) sedang menunggu 'lampu hijau' untuk mendapatkan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL).

Bercakap kepada pemberita pada Khamis, Pengerusi Eksekutif Eaglexpress, Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad berkata, permohonan ASL telah dibuat kepada Kementerian Pengangkutan pada tahun lalu, sebelum penubuhan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).

Tambahnya, lesen tersebut akan membolehkan Eaglexpress yang merupakan penerbangan carter menjadi 'syarikat penerbangan negara' bagi perkhidmatan umrah dan haji, menggunakan pesawat dengan lambang Eaglexpress.

Pada masa ini katanya, syarikat beroperasi secara carter dengan mengikat perjanjian bersama syarikat penerbangan lain seperti Saudi Arabian Airlines (Saudia) dan Flynas.

"ASL ini akan membolehkan kita terbang atas nama sendiri. Sudah empat tahun kita terbang menggunakan pesawat atas nama syarikat penerbangan lain.

"Pesawat itu kita punya dan akan letak nama Eaglexpress (dengan kelulusan ASL). Nanti kita boleh diiktiraf sebagai syarikat penerbangan negara seperti Malaysia Airlines dan AirAsia," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Penerbangan Umrah 2016/2017 Eaglexpress dengan kerjasama Alfajr Travel and Tours Sdn Bhd di sini, Khamis.

Pada masa ini, Eaglexpress berdepan dengan masalah tunggakan gaji dan elaun kira-kira 300 pekerjanya, termasuk kegagalan mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Socso).

Mohd Radzi (tiga, kanan) pada Majlis Pelancaran Penerbangan Umrah 2016/2017 Eaglexpress dengan kerjasama Alfajr Travel and Tours Sdn Bhd di Kuala Lumpur, Khamis. 

Mohd Radzi berkata, ASL juga dapat membantu Eaglexpress mengembangkan perniagaan berikutan permintaan tinggi dalam pasaran umrah dan haji.

Mengenai isu tunggakan gaji dan masalah kewangan yang dihadapi Eaglexpress ketika ini, beliau mengakui keadaan itu memberi kesan kepada proses permohonan ASL.

"Sudah tentu (beri kesan) tetap kita kena perjelaskan. Kita bukannya 'fly by night', kita berpengalaman.

"Kita akan perjelaskan masalah kita. Sekarang kita buat perancangan untuk mengatasi masalah itu," kata Mohd Radzi.

Mengenai tunggakan gaji, Mohd Radzi berkata, syarikat kini dalam proses pemulihan dan masalah tersebut akan dapat diatasi sebaik mungkin bermula akhir bulan depan.

Eaglexpress ketika ini memiliki Sijil Pengendali Udara (AOC) dan Permit Perkhidmatan Udara (ASP), kedua-duanya diperoleh daripada DCA di bawah Kementerian Pengangkutan sebelum penubuhan Mavcom pada 1 Mac lalu, yang kini bertanggungjawab ke atas pengeluaran ASP dan ASL.

Menurut laman web rasmi suruhanjaya itu, antara kriteria untuk mendapatkan ASL ialah pengalaman dan kecekapan pasukan pengurusan syarikat, kebolehlaksanaan pelan perniagaan yang dicadangkan dan daya tahan kewangan perniagaan.

Mohd Radzi ketika ditemui mStar Online selepas majlis pelancaran berkata, pihaknya menjangka memperoleh ASL selepas musim haji, seawal-awalnya pada November depan.

Beliau berkata demikian bagi merujuk kerjasama Eaglexpress dan Al Fajr Travel and Tours untuk 54 penerbangan umrah dari November tahun ini sehingga Mei 2017.

"Kalau kita dapat ASL lebih awal, jemaah-jemaah ini akan diterbangkan menggunakan pesawat dengan lambang Eaglexpress.

"Kalau kita tak dapat awal, kita tunggulah sebulan dua bulan lagi selepas itu untuk kita membina modal atau suntikan dana dengan rakan niaga baharu," kata Mohd Radzi sambil berharap pihak berkuasa dapat mempertimbangkan permohonan ASL untuk Eaglexpress.

Masalah tunggakan gaji dan elaun Eaglexpress termasuk isu caruman KWSP dan Perkeso didedahkan mStar Online pada 20 Jun lalu selepas syarikat penerbangan itu mengalami masalah kewangan sejak Februari tahun ini.

Isu berkenaan disebabkan ketiadaan sijil Audit Keselamatan Operasi IATA (IOSA), mengakibatkan syarikat tersebut tidak dapat beroperasi selama beberapa bulan berikutan perniagaan utama terikat dengan Saudia yang memerlukan pengiktirafan itu bagi membawa jemaah umrah dan haji ke Arab Saudi.

Bagaimanapun, Eaglesxpress berjaya memperoleh IOSA baru-baru ini dan syarikat penerbangan itu kembali beroperasi.

Tags / Kata Kunci: Eaglexpress , Mavcom , ASL

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan