Dzulkifli Ahmad Dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM Yang Baharu

Diterbitkan: Jumaat, 29 Julai 2016 3:30 PM

Dzulkifli Ahmad

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

PETALING JAYA: Pegawai kanan Jabatan Peguam Negara, Datuk Dzulkifli Ahmad diumumkan secara rasmi sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara itu menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa yang mengumumkan pelantikan itu pada Jumaat memberitahu tempoh perkhidmatan Dzulkifli akan tamat pada 31 Julai 2021.

Ali berkata, selaras dengan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memperkenankan pelantikan Dzulkifli sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu.

"Abu Kassim pula akan ditempatkan sebagai Pakar Perunding Integriti, Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM)," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Rabu lalu, pemilihan Dzulkifli yang juga  telah dibentangkan pada mesyuarat Kabinet.

Pada Khamis. mStar Online telah melaporkan mengenai pelantikan Dzulkifli yang juga antara calon yang dinamakan sejak beberapa bulan lalu untuk menggantikan Abu Kassim.

Khamis malam juga berlangsungnya majlis perpisahan terakhir buat Abu Kassim yang dihadiri pegawai tertinggi SPRM.

Seterusnya pada petang Jumaat pula, akan diadakan majlis paluan berundur buat Abu Kassim, juga Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang mengikut jejak ketuanya menamatkan perkhidmatan di suruhanjaya itu.

Abu Kassim dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 1 Januari 2010 dan memohon untuk tidak meneruskan perkhidmatannya mulai 1 Ogos ini.

Selaras subseksyen 5(3) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan permohonan Abu Kassim, 55, untuk menamatkan perkhidmatannya itu dengan memberi sebulan notis.

Bagaimanapun, Abu Kassim akan terus menyumbang kepada negara sebagai Pegawai Perkhidmatan Pencegahan Rasuah sehingga bersara wajib pada 6 Disember 2020.

Sepanjang tempoh Abu Kassim menerajui SPRM, suruhanjaya itu telah melaksanakan fungsi-fungsinya dengan cemerlang selaras dengan visinya untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada rasuah berlandaskan nilai-nilai kerohanian dan moral yang tinggi.

Di peringkat antarabangsa, Abu Kassim akan terus memegang jawatan sebagai Naib Presiden International Association of Anti-Corruption Authorities dan Ahli Board of Governance, International Anti-Corruption Academy, Austria sehingga tamat tempoh pelantikan tersebut.

Selain itu, Ali turut mengumumkan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur ditempatkan sebagai KSU Kementerian Pendidikan Tinggi mulai 5 Ogos ini (2016) bagi menggantikan Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang.

Zaini pula akan ditempatkan sebagai KSU Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mulai 5 Ogos ini bagi menggantikan Datuk Loo Took Gee yang bersara pada tarikh tersebut, katanya.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Mohd Azhar Yahaya ditempatkan sebagai KSU kementerian itu menggantikan Noorul Ainur, katanya.


iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan