Kes DOJ AS Bukan Mengenai Ekonomi Malaysia - Irwan Serigar

Diterbitkan: Jumaat, 29 Julai 2016 6:04 PM

Irwan Serigar (tengah) pada majlis penutup program Bahasa Inggeris 1Malaysia (BI1M) yang turut dihadiri Pengetua dan CEO SOLS 24/7 Raj Ridvan Singh (right) dam Pengarah Unit Strategi Nasional Dr Aminuddin Hassim (left). AZMAN GHANI

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Saman sivil Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat untuk mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana  1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang didakwa diselewengkan, tidak akan menjejaskan penarafan negara, kata Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan itu berkata, malah saman sivil itu bukan mengenai ekonomi.

"Ia tidak kena mengena dengan ekonomi," katanya ketika menjawab soalan anggota media selepas menutup program perintis Bahasa Inggeris 1Malaysia (BI1M) di sini, Jumaat.

Pada 20 Julai, DoJ memfailkan saman sivil untuk merampas aset yang diperoleh dengan wang yang didakwa diseleweng daripada 1MDB.

Ketika ditanya mengenai penurunan taraf Penarafan Mungkir Penerbit Mata Wang Tempatan dan Asing Jangka Panjang Petronas kepada 'A-' daripada 'A' oleh Fitch Ratings baru-baru ini, Mohd Irwan Serigar berkata, ia adalah 'perkara sementara.

"Petronas ialah entiti yang menjana keuntungan dan dari segi prestasi ia baik, tetapi disebabkan persekitaran dunia - harga minyak dan sebagainya - ia adalah satu perkara sementara. 

"Dari segi pewujudan pekerjaan, Petronas masih mewujudkan peluang pekerjaan, projek Rapid (Pembangunan Bersepadu Kilang Penapisan Minyak dan Petrokimia) masih diteruskan, oleh itu tiada kebimbangan mengenai penarafan pada masa depan," tambah beliau.-- Bernama




Tags / Kata Kunci: Irwan Serigar , DOJ , ekonomi , Malaysia

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan